CLICK ON ME

Friday, April 15, 2011

Ya Allah..selamatkan dia (Oren)



ingat lagi budak oren ni?

satu-satunya budak oren dalam rumah kecil kami

malam kelmarin dia jatuhkan bakul isi pinggan di dapur sebab nak tidur di timbunan kotak bersebelahan rak pinggan kami

mula-mula memang nak marah dia atau lebih manis nak tanya kenapa dia buat mcm tu sebab sebelum ni dia tidur di situ memang tak pernah tertolak bakul pinggan tersebut.

tapi tiba-tiba tengok muka dia yang sayu (mungkin menahan sakit) terus tanya..

"eh..Oren kenapa ni"


"eoowww..." sangat perlahan


tengok betul-betul..Ya Allah kenapa badan dia menggeletar ni?kenapa kaki dia macam terpeleot (terkangkang)

"Oren excident ke?"
tanya dia cool tapi dalam hati tu dah berdebar2


terus angkat dia letak di lantai
alhamdulilah boleh jalan..
tapi kenapa 'anu' dia mcm sakit?memerah!


"Hajar (Cik Chempaka) call K'dini bagitau Oren ni mcm sakit je"
saya minta Cik Chempaka call Cik Dini.


Tak lama Cik Dini kata Dr.Joe akan datang tengok Oren..sebab simptom yang ada menunjukkan kemungkinan Oren termakan racun (racun tikus)


Allahu Akhbar..

dipendekkan cerita Dr.Joe datang check Oren dan terus bawa ke klinik.

Sebelum dibawa Dr.Joe ada buat pemeriksaan..dia kata Oren tak boleh kencing..pundi kencing dia dah keras mcm bola tenis!

Ya!..saya ada pegang memang keras mcm bola tenis!patutla dia kencing lama sangat..bukan kencing tapi dia tak boleh kencing!

Jadi Dr.Joe cuba paksa dia kencing bila balik ke klinik nanti


Tapi....keadaan terkini Oren dah muntah darah.

Dr.Joe call tengahari baru ni je tadi..

Kemungkinan besar dia memang dah kena racun..

Ya Allah selamatkanla Oren..masa dia sakit hari tu tak sempat minta maaf kat dia atas salah silap kita kat dia..

Ya Allah selamatkan Oren..


Wednesday, April 13, 2011

Itu Kamu : Bhg 4 - The 3rd Eye


mari bercerita tentang budak itam nih

budak ni memang sangat lincah

sebab terlebih lincah satu hari matanya terbelah sebab kena kukunya yang tajam semasa dia bermain-main sendiri

dengan segera Cik Dini dan Cik Rizal bawa ke vet UPM

serta merta dia dimasukkan dalam wad untuk rawatan segera

Cik Dini kata vet cuba selamatkan mata dia yang masih boleh berfungsi

eh..bukan dr.nurul kata dah tak bleh guna ke?

mmm..takpe la mereka berusaha untuk beri harapan dia melihat

jadi hasilnya begini..




Blacky menjalani major surgery untuk 3rd Eye

maksudnya..maaf saya pun kurang arif perkara ni..tapi menurut Cik Dini vet operate keluarkan mata ketiga Blacky ni

so hasilnya begitu..benang di kening tu untuk memegang selaput mata ketiga (macam tu kut)

vet buat sebelah sahaja..sebelah lagi selepas mata yang diusahakan ini berhasil dan yang paling penting Blacky selamat dan sihat untuk operation.

oleh sebab bercorong begini kami panggil dia
"LAMPU SULUH BERGERAK"


tak percaya??

'SILA LIHAT VIDEO INI'


video

Monday, April 11, 2011

Itu Kamu : Bhg 3 - Budak Lincah

"Blacky..jangan panjatla.nanti jatuh"

"Blacky..nak pegi mana tu?"

"Blacky .. sakitla awak terkam-terkam kaki saya"

"Hei..Blacky!macam mana boleh keluar dari pagar ni?"

Blacky ...

Blacky ...

Blacky ...


Hidup kami tiba2 dihantui dengan BLACKY! .. bukan Black ye cik cik semua ..




Haish..budak hitam tu dah makin sihat..sudah sihat lincah habis dia!

Maklumla budak-budak..rumah ni pun dah lama takda budak kecik.semua dah besar.sombong-sombong belaka..

Nak pula Si Bulat tu..pegang sikit je dah mendengus "Uhhhss"

Nak suruh makan pun dia gigit tangan kita .. sua makan kat mulut pun kena marah dengan dia..

Hailaaa..aku tak pernah jumpa kucing tak nak makan sedangkan dia sihat..

ANDA??

ohhh..cite pasal Blacky la bukan Si Bulat yang tak berapa 'bulat' tu..

alhamdulillah Blacky sekarang sudah pandai manja-manja dengan kami..suka meleset kat orang minta dibelai-belai manja..

auuuu..anak I pun tak macam U tau..hehehe..

mata dia semakin kering..tapi sebenarnya tak banyak yang berubah.

walau ape pun Cik Dini sudah berusaha keras jaga Blacky dengan baik..kami sekadar memberi bantuan yang terbaik.

bila lihat dia sudah bermain..kuat makan dan lincah rasa seronok sangat.

tapi matanya masih begitu..tersembul dan bernanah..

ADA HARAPAN KE UNTUK MELIHAT?


Nota catatanku : Watch Blacky.. the real one on the next post.

Thursday, April 7, 2011

Itu Kamu : Bhg 2 - Dia Blacky!!

Selang sehari selepas Blacky di rumah Dr.Nurul dan Dr.Joe datang untuk buat rawatan.

Waktu ini Blacky masih lemah..mungkin sebab terlalu lapar..lagi matanya sakit.


Pertama kali mereka melihat si budak hitam..


"Astagfirullahalazim...teruknya."


"heh..sebab tu kami tak berani buat ape2 Dr.sebab dah teruk sangat..dia tak nampak..kalau berjalan mesti langgar dinding..ada juga nak titis ubat mata Bulat tapi tak berani la"


"Ubat mata yg air tu ke?nasib baik sebab kalau Dina titis mata dia boleh meletup"

"Hah?yeke?teruk sangat ke mata dia ni Dr?"


"Sebelah kanan ni dah gone..sebelah kiri ni pun mcm nak gone juga"


Mereka bersihkan mata Blacky berhati-hati sekali..suntik ubat yang berpatutan dan beri ubat makan juga ubat sapu.


Kami tanya jika ada kemungkinan mata Blacky sembuh dan dapat melihat semula.


Dr.Nurul kata agak sukar..tapi kita tak tahu mungkin boleh sembuh..pilihan yang ada adalah buang matanya yang terkeluar dan jahit kelopak mata.


Maksudnya dia akan BUTA!


Kasihan..sudahla ditinggal ibu..buta pula.



Nota catatanku : mahu lihat gambar Blacky?maaf..memang tak ambil gambar dia..ntah tak da perasaan nak ambil..bukan sebab geli atau apa tapi tak sampai hati..apa yang diusahakan adalah jaga dengan sebaik mungkin untuk beri dia harapan melihat semula.

Itu Kamu : Bhg 1 - Siapa Dia?

Catatan dari Cik Dini ..

Petang 8 Feb 2011 ..

seperti biasa kami teman anak-anak bulus bermain2 di luar rumah..maklumla banyak kereta waktu kemuncak mcm ni..

hampir waktu Maghrib panggil anak-anak bulus balik ke rumah..

sape yang tak nak balik "sila jaga diri dari kereta dan serangan Burma dan Pak Itam"

tiba2 Cik Dini masuk rumah dan bertanya

"Dr.Nurul nak tak datang cni tengok kucing ni?K'Dini jumpa depan rumah Pak Cik Caring"

Dia sua anak kucing warna hitam tu pada saya.

Allahu Akhbar! Matanya bernanah dengan teruk..bengkak lagi..kesiannya.

"Boleh kut..cuba mesej dia..kesiannya.mesti lapar."

"Dia terbaring depan rumah Pak Cik Caring..ni kalau kereta lalu mesti pecah perut punya.macam dah nak mati je"

Memang..budak tu dah nyawa-nyawa ikan..dia terbaring tak bertenaga..alahai kasihan baru saja berumur 2 bulan (mungkin).

Kami beri dia makan wet food yang ada di rumah..si budak hitam makan dengan lahapnya.kesian matanya timbul dan bernanah macam nak terkeluar.

Cik Chempaka sudah takut..seriau tengok mata si budak hitam

mahu titik ubat mata Si Bulat tapi tak berani..kami tak pernah berdepan dengan kes mcm ni..

Cik Dini beri nama Blacky!

sebab dia full black!