CLICK ON ME

Friday, October 28, 2011

Tak Nak BUat tapi Kena BUat


bila kerja perkara yang paling TAK NAK DIBUAT ialah BACA JURNAL!!

arrggghhhhh...!!!

perlu ke baca jurnal nih??adess..ngantuk la..seriussss..

tapi...

KENA BACA juga!

sebab daripada jurnal la kita akan tahu hasil kajian dan kaedah kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dalam bidang yang sama.

daripada jurnal juga akan beri kita idea untuk membina instrumen kajian.

daripada jurnal juga kita akan mengetahui part or side bidang yang belum dikaji lagi.

daripada jurnal juga kita akan tahu skop kajian yang telah dijalankan dalam bidang tertentu.

yang paling penting jurnal membantu kita mengetahui dan meningkatkan pengetahuan terkini dalam penyelidikan bidang yang dikaji.

mmmm..

errr..boleh tak TAK NAK baca jurnal?

V

V

V

V

V

..................

Mummy..MEMBACA TU JAMBATAN ILMU




iyela tu..membaca mcm kamu sambil baring kat laptop mummy.




ala..tumpang baring je..

sini je yang panas.

sekarangkan musim hujan, sejuk la..

janganla marah mummy.




Wednesday, October 26, 2011

PERHATIAN!


* peringatan untuk DIRI SENDIRI

p/s : maaf hanya di sini dapat meluahkan rasa


Sila ambil perhatian!

Mohon kepada cik cik yang manis untuk
TIDAK MENCICIRKAN NAJIS ANDA di MANGKUK TANDAS!


arrggghhhh..pagi-pagi buat aku hangin!

kut iye pun tak mau cuci tandas tu minta tolong pastikan NAJIS SENDIRI tak tercicir!

banyak pulak tu..

sudahla di pancut air tak lekang-lekang..gosok dengan berus tandas pun tak lekang jugak!

tembak dengan Mr.Muscle pun tak tanggal jugak tau tak??!!

adessss!!

tolong ye pastikan NAJIS TIDAK TERCICIR!


Tuesday, October 25, 2011

Kasihan..Bulat saya demam

kasihan Si Bulat saya yang demam..




seperti tak mahu bangun dari tidur..

seperti tak mahu makan dan minum..

seperti tak mahu poo dan pee..

sabar la ye sayang




dua tiga hari lagi pasti kamu sihat semula

dapat berlari-lari semula

boleh ganggu mummy tidur seperti biasa

yela..sangat pelik bila kamu tak kejut mummy pukul 2.30 pagi atau 5.00 pagi dengan kerenah kamu yang terkujat-kujat nak keluar.

sampai mummy pun bangun lewat..mmmm...

cepat sihat ye..

janganla marah..




biasala demam kena cucuk vaksin..

kamu tahu kannnn???

Thursday, October 20, 2011

Budak kecik yang diberi nama Putra - 2


lagi cerita tentang Putra..

dalam jagaan kami dia tak mahu berak dan kencing

risau juga..tapi bila fikir-fikir umur dia mungkin dalam sebulan atau kurang daripada sebulan atau lebih daripada sebulan , kami rasa ibunya masih membantu dia untuk berak dan kencing jadi pasti dia masih menyusu.

Tapiii..di mana ibunya??

Petangnya bermain-main dengan Putra di luar rumah..

sambil-sambil mahu ajar dia berak dan kencing di tempat Bulat, Citam dan Popok 'membuang'.

sedang ajar dia mengorek pasir..ada sebuah kereta Swift putih mahu parking dekat dengan rumah kami..pemiliknya seorang lelaki yang mungkin sebaya dan rumahnya di depan rumah kami.. tapi tak pernah bertegur sapa walau sekali .

saya tertanya-tanya 'dia mahu parking di tepi rumah kami ke?'

tapi tiba-tiba dia buka tingkap dan bersuara "kucing kite!"

erkkkkk!!!

Putra ni kucing dia ke?hahahahaha...

saya sudah terpinga-pinga..memang anak kucing ni jumpa di depan rumahnya..hu

setelah dia parking Swift putihnya di depan rumah sendiri dia datang pada saya yang sedang memegang Putra

"kucing cik ke?" saya tanya

"a ah..mak dia ada kat rumah kami" jawabnya

"ohhh..yeke?kami jumpa dia mcm nak kena langgar dah..ingatkan kena buang sebab tu ambik bawa balik lagipun mata dia sakit pastu nampak lapar. Cik amik la kucing ni balik"

Putra sudah bertukar tangan..tak lama adik perempuannya yang masih berbaju sekolah keluar dan dia menjulang Putra seolah-olah beritahu yang anak kucingnya sudah jumpa.

heh..

kemudian..

"kalau nak kucing ni ambikla" dia tawar pada saya

"eh..taknakla..dia kan ada ibunya lagi..mesti dia masih menyusu sebab baru umur sebulan" saya kata begitu

"hah?sebulan?mana tahu sebulan?"

"err..memang umur dia sebulan kan?"

"ntah..tak tahu.mak dia memang ada di rumah kami..maknya bisu.mata dia bertahi mungkin mak dia tak jilat kut"

"oh..yeke?kami pun ingat budak kecik ni bisu. cik boleh tolong cuci tahi mata dia ni kalau mak dia tak buat..kesian dia sakit mata nanti melarat..saya nak beri ubat mata budak2 rumah ni tapi tak berani sebab dia masih kecil jadi saya beri dia multivitamin saja. Cik boleh tolong cuci mata dia guna kapas muka dan air saja..sebenarnya saya baru nak bawa dia ke klinik nak ubatkan mata dia tapi takpela dia ada tuan.Mmm...saya beri cik multivitamin yang saya bagi kat dia la untuk sementara."

saya masuk ke rumah ambil multivitamin Si Bulat yang tinggal setengah botol dan syringe.

saya beri pada dia dan tunjuk cara beri Putra multivitamin guna syringe.

"wahh..mcm klinik haiwan!byk ubat dan pandai bagi kucing makan ubat..dahla akak ada banyak kucing" katanya sambil menunjuk ke arah budak-budak bulu rumah kami.

heh..

kemudian saya beritahu mereka (dia dan adiknya) saya pandai treat kucing sebab Bulat saya dulu patah kaki..kena operate dan kakinya dimasukkan besi dan dia perlu duduk dalam cage selama 3 bulan. Jadi dalam tempoh tu dia banyak makan ubat dan perlu perhatian penuh. Tambahan selepas tu si Bulat banyak kena sakit..ada saja sakitnya. Sekarangla selepas dimandulkan dia sihat dan mula berisi.

saya beritahu juga kami ada kenal doktor haiwan yang buka kliniknya di Bangi..di situ kami hantar anak bulu untuk rawatan dan boarding.

harganya berpatutan..jika mahu ke vet UPM juga tiada masalah tambahan saya pelajar di UPM.

akhirnya saya ingatkan mereka untuk beri Putra multivitamin setiap hari satu syringe penuh jika mereka tak bawa Putra ke klinik dan bersihkan mata Putra jika maknya tak bersihkan.

selepas ucap terima kasih saya pulang.

tiba2 rasa sedih pula..hu

Cik Chempaka panggil budak lelaki tu 'Tuan Putra' tapi saya panggil 'Awan Nano'

hahahahahahaha....!!!

maka tetapla budak-budak bulu di rumah ada 3 saja!

tak jadi la 4 sebab tuan dia sudah mengaku dan masih punya ibu dan masih menyusu.


mmmm...

Wednesday, October 19, 2011

Budak kecik yang diberi nama Putra - 1

waktu Maghrib..sedang kami menonton cerita Soffiya, Hilda (budak rumah baru) beritahu masa dia dalam perjalanan balik terjumpa seekor anak kucing di tepi jalan..hampir kena langgar kereta jadi dia letak budak tu ke tepi.

bila dengar begitu Cik Chempaka kata kesian pula..ada mak tak?Hilda kata takda kucing lain pun..jadi lepas solat mereka pergi jenguk ke tempat Hilda jumpa si anak kucing.

Dalam 5 minit selepas tu mereka masih tak balik ke rumah..saya pergi jenguk sama ada mereka jumpa atau tak dengan si anak kucing.

Masa saya sampai mereka cuba panggil..tiba2 daripada celah kereta berlari terkedek-kedek anak kucing berumur kira-kira sebulan atau dua bulan..hu

Jadi si budak tu di bawa pulang.

Diberi makan.

Diajak bermain bersama.

Errr..si anak kucing tak bersuara..kami fikir dia bisu.

Kasihan..matanya penuh dengan tahi mata..Cik Chempaka ambil tisu muka dan air untuk cuci matanya.

Saya pula beri dia multivitamin sebab tak berani nak beri ubat mata sembarangan..jadi beri treatment yang yakin tak menjejaskan si anak kecil.

Mereka tertanya2..nak beri nama apa?

Ntah..tak tahu

Esoknya bila balik ke rumah waktu tengah hari Cik Chempaka kata nama dia Putra sempena nama Universiti Putra Malaysia..

mana-mana la..nanti gaji masuk kita bawa pergi vet UPM ubat mata Putra..tambahan vaksin Si Bulat sudah tamat tempoh.

inila PUTRA



Monday, October 17, 2011

bersua lagi wahai blog

sudah lama tak menulis cerita di sini..

mahu kongsi cerita apa ye?

anak-anak bulus?

anak bulu ada 3 saja

hampir jadi empat tapi rupanya anak kucing orang

nanti la cerita...