CLICK ON ME

Monday, May 9, 2016

Hanya kerana Kucing

Cerita hari ini..

Sejak semalam (Ahad) aku bertungkus lumus kemas rumah seorang diri dengan harapan penyewa baru lebih selesa dengan keadaan rumah.

Penat tau kemas rumah ni..lagi usia dah meningkat..huwahahaha..

Bukan..bukan..betulkan balik niat.

Kemas rumah sempena menanti kedatangan Ramadhan..wahhh..dh nak puasa la...!

Erk..tapi sakit badan la..

Tapi....kerana rumah ini penuh kasih sayang kucing (sebab antara penghuni rumah ni adalah 2 ekor kucing)

2 ekor ni penghuni tetap.

Maka penyewa baru yang nak masuk tak jadi masuk sebab ALERGIK katanya.

Baiklah.

Sudah begitu tak jadi la menyewa..kena cari penyewa baru..hu

Tapi..tapi..tapi..dalam rasa tak semangat tu..housemate balik terkejut dan gembira!!

Sebab...rumah dah bersih dan bertukar wajah..

hehehehe....

Tu la..Allah beri perasaan yang lebih baik..terussss tulis kt blog.

Terima kasih Syafiqah...(kenang mu dalam blog ku)

Friday, April 22, 2016

I'm Back!!


Assalamualaikum

Saya kembali untuk mengaktifkan semula blog ini setelah ditinggalkan sejak Januari 2012.

Ya! 18 Januari 2012

Ketika saya memasuki usia 27 tahun!

Sekarang...

Mmmmm...after 4 years..

mmmmm..hahahaha...!!

Wednesday, January 18, 2012

This DATE again!

Hoooollllaaaaa..

Today's date come again in my life!

uuuuuu...I'm 27 now!

alhamdulillah..terima kasih Ya Allah beri hambaMu ni bernafas lagi di dunia ini untuk mengumpul pahala.

akan terus berusaha mengumpul mata ganjaran dan mengurangkan catitan dalam catatan buku kemungkaran.

Ya Allah..murahkan rezeki hambaMu ini dalam usia ini..murahkan rezekiku untuk dapat pekerjaan yang baik.

Terima kasih atas nikmat yang Kau beri selama ini..terima kasih kerana mencukupkan aku Ya Allah..

Ya Allah ..aku mohon rezeki yang Kau beri ini cukup untuk aku..biar ia sedikit tetapi cukup dan diberkati.

Amin.

Tuesday, January 17, 2012

Facebook..saya mahu DELETE kamu!

Hola..

geramnya buka FB pagi ni..baru je tadi.

ada satu wall kawan tu kena hack!

sangat kasihan.

ada ke orang hack tu letak gambar 'anu' lelaki

hishhh..tak ada sivik betul la orang yang hack ni..

macam mana kita nak elak semua ni ye?

perlu ke saya remove kawan tu?

bukan tak suka dia..tapi sekarang saya dah pening kepala sebab nak termuntah.

aduhh..!

Friday, January 13, 2012

TODAY!!

today is the day!

after a few years struggling writing thesis for my Master degree..

finally I got the result.

hahahaha...

should I futher my study to the next level??

ahh..I don't mind to attend the class..doing killer assignment..writing CRAZY thesis..BUT I could't stand for VIVA VOICE!!

ohhh..it's killing me!

I can't and I don't know how to defence my thesis..ohh sorry my dear..

Sunday, January 1, 2012

2012


Selamat Datang 2012!



Terima kasih sebab teman buat tesis tahun lepas ye Popok..
heheheh



Kasih ibu dan anak yang tiada penghujungnya



Selamat datang 2012...

huwaaarrrggghhhh...

ngantok la mummy, malam tadi pegi tengok bunga api


Chow!!

Saturday, December 31, 2011

Hari terakhir

Hari ni adalah hari terakhir tahun 2011

selamat tinggal 2011 dengan seribu satu kenangan.

ape kenangan aku 2011 nih?

mmm...(tengah fikir)

1) rezeki beli kereta

2) tambah anak sedara sorang je

3) baju raya beli yang siap

4) tukar bos baru

5) kawan-kawan yang rapat semua kawin

6) anak dara aku dah besar (Bubu Yat)

Thursday, December 29, 2011

Tukarkan Ia

Bila lihat kejayaan orang rasa cemburu..

Aku bila pula?

Salah aku kerana tak pandai rebut peluang dan ruang.

Tak belajar untuk jadi outstanding macam orang yang berjaya!

Ya tahun baru Hijrah 1433 dan tahun baru Masihi ini 2012 aku mahu jadi seseorang yang punya ciri-ciri insan yang berjaya.

Ya! Aku akan lakukannya!!

Aku mahu berjaya seperti orang lain..dan aku juga mahu berjaya dengan Dia.

Aku tidak hanya mahu berjaya di dunia tetapi juga 'di sana'.

Ya Allah..bantu hambaMu ini untuk berjaya di dunia dan akhirat. Semoga setiap gerak-geriku adalah ibadah untuk-Mu.

Rancangan dunia dan akhiratku...

mmm..takmau la tulis kat sini ..segan la..heh!

Tuesday, December 27, 2011

Kenapa?

Cuti hujung minggu lepas (Krismas) pertama kali bawa Bulat balik ke kampung.

Yela..sudah punya kenderaan untuk bawa dia balik bersama dengan harapan dapat jaga dia dengan lebih baik.

Macam yang dijangka..ia lebih sukar dari yang dibayangkan.

Bulat penakut..dan suka panggil orang sampai serak suaranya..kasihan.

Kena selalu teman dia di depan sangkar..ye la kena kurung dia risau berlari ke jalan dan dilanggar kereta yang suka memecut.

Perjalanan balik ke Serdang tak begitu bermasalah sebab Bulat tidur saja sepanjang jalan..lagi-lagi kena air-cond yang sejuk tu.

Kami balik berkonvoi dengan kakak..heh saya bukan tahu jalan balik nih..hehehe

Sampai di Klang mereka ajak makan cendol..okay la.

Tempat makan cendol tu di kedai makan mcm mamak tu.

Kami tak kisah untuk turun makan cuma risaukan Si Bulat ni.

Jadi bila nak makan bawa Si Bulat juga..tapi tiba-tiba rasa tak best dan geram.

Ada yang bertanya "nak bawa kucing jugak ke masuk kedai?"

Yela..dia mcm risau kut nak bawa kucing sama..

"A ah..kesian dia duduk dalam kereta panas nanti" saya jawab dengan tenang.

"Mmm..kena letak kat luar la nanti" dia balas

"A ah la.." saya iyakan saja

Tapi..bila masuk kedai dengan selamba saya bawa Bulat (dalam cage la) masuk ke kedai.

Bulat bila dia takut dia diam..sikit pun tak berkutik..sesekali berkali je.

Dalam hati berkata 'andai dia bertanya jawab je ..bukan nak lepas or tinggal dia kat kedai nih'

"Bulat..mummy TAKKAN sesekali tinggalkan kamu sewenang2nya!"

hati asik tertanya2...KENAPA ye ada orang PREJUDIS mcm ni?

ahhh..aku yang bela kucing ni..aku yang bertanggungjawab pada kucing ni..aku bawa dia guna kenderaan aku..setahu aku..aku tak susahkan sape2 untuk jaga Bulat ni..aku tak kisah ape orang nak kata pasal aku jaga Bulat ni..sebab aku dah JANJI akan jaga dan berikan dia yang terbaik sampai Allah ambil dia.

Thursday, December 22, 2011

The Truth of Thursday

Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

Dari ‘Aisyah r.a. “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan KhamisRiwayat Imam Tirmizi.

Dari Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” Riwayat Imam Tirmizi.


actually..

The Truth of this Thursday

Bulat bite me while I'am perform my solat Subuh!

She never done that before..she just starring at me or climb on me when I'm praying.

I don't know why..maybe because I didn't allow her to go out because of rain.

ohhhh dear! It's hurt!

It surprised me because she never bite me so hard..this is the first time.

Thursday, December 15, 2011

Popok dulu, Popok sekarang

Popok dulu hanya seekor gadis kucing yang kecil.




Dia tak manja sebab penakut..mm memang diajar untuk takut supaya senang handle.

Maklumla duduk rumah sewa ni nak kena jaga hak orang lain juga.

Ni Popok dulu..masa dia beranak tiga



Bila sedang beranak 5 dia sangat kurus.

Bila dia penat sangat dia tak jaga pun anaknya.

Sudah ajal. Anaknya semua meninggal ketika kami pulang berhari raya.

Yang tinggal ada seekor tapi sudah dicuri orang.


Bila sudah tiada anak dia mula menggemuk!



Alamak! Popok pregnant ke?!

Sepantas kilat hantar ke Honey Petshop untuk dimandulkan!




Risau juga kut-kut dia pregnant.

Rupanya Dr kata dia tak pregnant pun..hehehehe..

Dan ini adalah Popok sekarang selepas 1 tahun dimandulkan.


"mintak ayam sket bleh tak?"


GUMUK!!! dan sangat manja dengan Mummy dia.


Yang pasti saya bukan Mummy dia..heh

Wednesday, December 14, 2011

Bubu Yat



Ini BULAT masa dia bayi..ehehehe..






Ini dah mula pandai jalan dan posing




Wajah cute sebelum insiden.




Keadaan Bubu Yat selepas insiden dan tunggu hari operation.




Keadaan kaki yang dimasukkan besi or pin untuk tulang yang patah.




Hilang separuh bulu sebab operation.




Kadang-kadang kakinya terkehel begini..heh




Semasa tempoh untuk sembuh dia sangat manja!




Tidur mesti diriba.




Kena comfort dia tidur.mula-mula rasa nyampah tapi suka..hehe




Sekarang sudah sembuh.Lincah.Ligat.Berani..tapi selalu kena belasah.



Paling penting..sangat SOMBONG!...tak boleh la nak manja-manja dengan dia..dia akan marah dengan bunyi "uhh!".

Kadang-kadang bila kita cakap-cakap dengan dia..dia akan mengeluh dan beralih tempat.


Tuesday, December 6, 2011

Taman Pertanian Universiti

Universiti Putra Malaysia adalah universiti yang istimewa..

Bila tiba musim buah ladang rambutan dan pulasan akan dibuka!!

Yaaaahhoooooooooo!!!!!!!!!!!!!

Maka saya, housemate dan opismate pun pergi terjah ke ladang ni..

Maaf ye..aksi mengait dan mengutip buah diBLACKLIST untuk upload

Jadi ini hasil yang di bawa pulang

Dengan harga yang waaallllaaaahhh kami menikmati durian dan rambutan serta pulasan dengan PUAS HATI!

yela..harga durian 1 kg untuk gred A = RM4 manakala untuk gred B = RM3

rambutan pula 1 kg RM1 je..pulasan 1 kg RM1.50

boleh makan puas-puas dulu yang nak dibawa balik baru dibayar..

berbaloi-baloi!!!

ni pic nak racun korang! hahahahaha...











kau ado??

Monday, December 5, 2011

Akhirnya!!


Akhirnya!!

Ohhh..Magnum Classic




Berjumpa kita akhirnya..

Sekian lama mencari..

bersua jua kita..

mmmm..menarik tau U ni!


sebelum



ini 1st bite



2nd bite



FINALLY!!!



mengancam!!

nak lagi!?


Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Semoga menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua



"Saya nak jadi budak yang lebih baik"




"Saya pula nak jadi lebih sihat dan kuat"

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda! AUUUMMMMMM!!!!!


HOOREEEYYYYY!!!! Kita menang lagi di Stadium Gelora Bung Karno!!



Tahniah pasukan Malaysia yang bermain dengan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.


Tidak tergugat dengan sorakan 100 ribu penyokong Indonesia.

Terima Kasih kerana berjaya 'mendiamkan' sorakan mereka di tempat sendiri.

Terima Kasih kepada Kapten Baddrol Bakhtiar.



Dan Penjaga Gol kita Khairul Fahmi



What a wonderful saver and kick!!

You're awesome!!!!

Pada awal perlawanan kami rasa semangat sudah luntur dengan gol pertama..dengan situasi pemain Malaysia yang nampak kucar-kacir di mana barisan pertahanan dengan mudah dirempuh..aarggggghhhh!!

Macam dah taknak tengok lagi.. Tapi gol penyamaan menaikkan semangat!

Melihat kepada prestasi yang meningkat terutama dalam separuh masa kedua di tambah dengan asakan Malaysia ke gawang Indonesia kami yakin Harimau Muda akan berjaya!



Bila masuk ke masa tambahan kami mula terkujat-kujat di rumah..arrrgghhhh nasib baik tak ke restoran Mamak!

Kami di rumah dah menari-nari..terlompat-lompat..dan pasti terjerit-jerit!

Ala..bukan selalu kan?

Bila masuk babak sepakan penalti memang harapan pada Baddrol Bakhtiar dan pasti GK kita!

Hasilnya???

HOOOOORREEEEYYY!!!!!!!!!!!GGOOOOLLLLLL!!!


walau pada awalnya dapat ditampan oleh GK lawan tapi tampanannya TAK KEMAS menyebabkan bola meleret masuk ke GAWANG INDONESIA!

YES!! TERDIAM SORAKAN STADIUM GELORA BUNG KARNO!

Saya bersorak dengan housemate..kecut perut bersama-sama..terlompat-lompat bersama-sama..hehehe

What a great memory ever!

Thanks dear..

Friday, November 11, 2011

11.11.11


apa yang menarik dengan tarikh 11.11.11?

hari ni ada kenduri kawin depan rumah sewa kami..

tapi mereka tak jemput kami pun..

boleh ke?

heh..bak kata budak umah sunnah Rasul jemput 40 orang jiran tetangga dari bahagian kiri, kanan, belakang dan hadapan..


ape-ape la cik
, takda masalah.. hahahaha..

ape cerita hari ini?


Bulat saya monyok aje.
mmm..kenapa ye?

adakah sebab ada kucing jantan yang bertandang ke rumah tu asik ligan dia?


kasihan Bulat saya..nak keluar bermain pun kurang senang..asik dikejar saja.


cepat sihat ye sayang..



Tuesday, November 8, 2011

walaupun saya bukan budak baik


walaupun saya bukan budak baik

saya tak sanggup nak cederakan binatang

walaupun saya bukan budak baik

saya tak rela cederakan haiwan

walaupun saya tak dapat beri perlindungan pada haiwan

saya tak mungkin lukakan badan mereka

walaupun saya suka marah kucing luar yang masuk ke rumah dan "menanda" dalam rumah

saya tak akan lukakan badannya

walaupun saya hambat kucing luar dengan kain

saya tak akan cecahkan kain tu pada badan badan mereka

walaupun saya pukul punggung Citam sebab dia nakal

saya tak mungkin akan cederakan dia


saya tertanya-tanya..

walaupun saya bukan budak baik

kenapa ada orang yang sanggup cederakan haiwan?

kenapa perlu simbah mereka dengan air panas?

apa rasa mereka jika mereka disimbah air panas atau tersimbah air panas?

perlu ke pukul hingga mereka luka-luka?

hina sangat ke haiwan jalanan ni?

mereka ini tiada nilai kah di dunia ini?

jika mereka tak bernilai dan tak berhak hidup kenapa Allah cipta mereka?

tak kah mereka tahu setiap yang dicipta itu ada fungsinya?

seperti kita mencipta sesuatu peralatan atau barang untuk kegunaan..

seperti manusia yang dicipta begitu hebat kerana berfungsi mentadbir bumi..

hebat sangatkah manusia bila dianugerahkan dengan akal?

andai manusia tak diberi akal..bukankah manusia sama saja dengan haiwan?

kenapa mereka sanggup berlaku kejam?


walaupun saya bukan budak baik

saya tak mungkin cederakan haiwan dengan sengaja apatah lagi cederakan mereka kerana suka-suka..

dulu..

semasa zaman kanak-kanak saya suka usik katak

sampai satu malam saya mimpi ditenggelami lautan katak

kemudian saya jadi takut dengan katak

saya tak akan usik katak lagi

yalah..saya bukan budak yang baik