CLICK ON ME

Showing posts with label Aku dan Dunia. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Dunia. Show all posts

Friday, April 22, 2016

I'm Back!!


Assalamualaikum

Saya kembali untuk mengaktifkan semula blog ini setelah ditinggalkan sejak Januari 2012.

Ya! 18 Januari 2012

Ketika saya memasuki usia 27 tahun!

Sekarang...

Mmmmm...after 4 years..

mmmmm..hahahaha...!!

Wednesday, January 18, 2012

This DATE again!

Hoooollllaaaaa..

Today's date come again in my life!

uuuuuu...I'm 27 now!

alhamdulillah..terima kasih Ya Allah beri hambaMu ni bernafas lagi di dunia ini untuk mengumpul pahala.

akan terus berusaha mengumpul mata ganjaran dan mengurangkan catitan dalam catatan buku kemungkaran.

Ya Allah..murahkan rezeki hambaMu ini dalam usia ini..murahkan rezekiku untuk dapat pekerjaan yang baik.

Terima kasih atas nikmat yang Kau beri selama ini..terima kasih kerana mencukupkan aku Ya Allah..

Ya Allah ..aku mohon rezeki yang Kau beri ini cukup untuk aku..biar ia sedikit tetapi cukup dan diberkati.

Amin.

Tuesday, January 17, 2012

Facebook..saya mahu DELETE kamu!

Hola..

geramnya buka FB pagi ni..baru je tadi.

ada satu wall kawan tu kena hack!

sangat kasihan.

ada ke orang hack tu letak gambar 'anu' lelaki

hishhh..tak ada sivik betul la orang yang hack ni..

macam mana kita nak elak semua ni ye?

perlu ke saya remove kawan tu?

bukan tak suka dia..tapi sekarang saya dah pening kepala sebab nak termuntah.

aduhh..!

Friday, January 13, 2012

TODAY!!

today is the day!

after a few years struggling writing thesis for my Master degree..

finally I got the result.

hahahaha...

should I futher my study to the next level??

ahh..I don't mind to attend the class..doing killer assignment..writing CRAZY thesis..BUT I could't stand for VIVA VOICE!!

ohhh..it's killing me!

I can't and I don't know how to defence my thesis..ohh sorry my dear..

Saturday, December 31, 2011

Hari terakhir

Hari ni adalah hari terakhir tahun 2011

selamat tinggal 2011 dengan seribu satu kenangan.

ape kenangan aku 2011 nih?

mmm...(tengah fikir)

1) rezeki beli kereta

2) tambah anak sedara sorang je

3) baju raya beli yang siap

4) tukar bos baru

5) kawan-kawan yang rapat semua kawin

6) anak dara aku dah besar (Bubu Yat)

Tuesday, December 6, 2011

Taman Pertanian Universiti

Universiti Putra Malaysia adalah universiti yang istimewa..

Bila tiba musim buah ladang rambutan dan pulasan akan dibuka!!

Yaaaahhoooooooooo!!!!!!!!!!!!!

Maka saya, housemate dan opismate pun pergi terjah ke ladang ni..

Maaf ye..aksi mengait dan mengutip buah diBLACKLIST untuk upload

Jadi ini hasil yang di bawa pulang

Dengan harga yang waaallllaaaahhh kami menikmati durian dan rambutan serta pulasan dengan PUAS HATI!

yela..harga durian 1 kg untuk gred A = RM4 manakala untuk gred B = RM3

rambutan pula 1 kg RM1 je..pulasan 1 kg RM1.50

boleh makan puas-puas dulu yang nak dibawa balik baru dibayar..

berbaloi-baloi!!!

ni pic nak racun korang! hahahahaha...











kau ado??

Monday, December 5, 2011

Akhirnya!!


Akhirnya!!

Ohhh..Magnum Classic




Berjumpa kita akhirnya..

Sekian lama mencari..

bersua jua kita..

mmmm..menarik tau U ni!


sebelum



ini 1st bite



2nd bite



FINALLY!!!



mengancam!!

nak lagi!?


Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda! AUUUMMMMMM!!!!!


HOOREEEYYYYY!!!! Kita menang lagi di Stadium Gelora Bung Karno!!



Tahniah pasukan Malaysia yang bermain dengan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.


Tidak tergugat dengan sorakan 100 ribu penyokong Indonesia.

Terima Kasih kerana berjaya 'mendiamkan' sorakan mereka di tempat sendiri.

Terima Kasih kepada Kapten Baddrol Bakhtiar.



Dan Penjaga Gol kita Khairul Fahmi



What a wonderful saver and kick!!

You're awesome!!!!

Pada awal perlawanan kami rasa semangat sudah luntur dengan gol pertama..dengan situasi pemain Malaysia yang nampak kucar-kacir di mana barisan pertahanan dengan mudah dirempuh..aarggggghhhh!!

Macam dah taknak tengok lagi.. Tapi gol penyamaan menaikkan semangat!

Melihat kepada prestasi yang meningkat terutama dalam separuh masa kedua di tambah dengan asakan Malaysia ke gawang Indonesia kami yakin Harimau Muda akan berjaya!



Bila masuk ke masa tambahan kami mula terkujat-kujat di rumah..arrrgghhhh nasib baik tak ke restoran Mamak!

Kami di rumah dah menari-nari..terlompat-lompat..dan pasti terjerit-jerit!

Ala..bukan selalu kan?

Bila masuk babak sepakan penalti memang harapan pada Baddrol Bakhtiar dan pasti GK kita!

Hasilnya???

HOOOOORREEEEYYY!!!!!!!!!!!GGOOOOLLLLLL!!!


walau pada awalnya dapat ditampan oleh GK lawan tapi tampanannya TAK KEMAS menyebabkan bola meleret masuk ke GAWANG INDONESIA!

YES!! TERDIAM SORAKAN STADIUM GELORA BUNG KARNO!

Saya bersorak dengan housemate..kecut perut bersama-sama..terlompat-lompat bersama-sama..hehehe

What a great memory ever!

Thanks dear..

Tuesday, November 8, 2011

walaupun saya bukan budak baik


walaupun saya bukan budak baik

saya tak sanggup nak cederakan binatang

walaupun saya bukan budak baik

saya tak rela cederakan haiwan

walaupun saya tak dapat beri perlindungan pada haiwan

saya tak mungkin lukakan badan mereka

walaupun saya suka marah kucing luar yang masuk ke rumah dan "menanda" dalam rumah

saya tak akan lukakan badannya

walaupun saya hambat kucing luar dengan kain

saya tak akan cecahkan kain tu pada badan badan mereka

walaupun saya pukul punggung Citam sebab dia nakal

saya tak mungkin akan cederakan dia


saya tertanya-tanya..

walaupun saya bukan budak baik

kenapa ada orang yang sanggup cederakan haiwan?

kenapa perlu simbah mereka dengan air panas?

apa rasa mereka jika mereka disimbah air panas atau tersimbah air panas?

perlu ke pukul hingga mereka luka-luka?

hina sangat ke haiwan jalanan ni?

mereka ini tiada nilai kah di dunia ini?

jika mereka tak bernilai dan tak berhak hidup kenapa Allah cipta mereka?

tak kah mereka tahu setiap yang dicipta itu ada fungsinya?

seperti kita mencipta sesuatu peralatan atau barang untuk kegunaan..

seperti manusia yang dicipta begitu hebat kerana berfungsi mentadbir bumi..

hebat sangatkah manusia bila dianugerahkan dengan akal?

andai manusia tak diberi akal..bukankah manusia sama saja dengan haiwan?

kenapa mereka sanggup berlaku kejam?


walaupun saya bukan budak baik

saya tak mungkin cederakan haiwan dengan sengaja apatah lagi cederakan mereka kerana suka-suka..

dulu..

semasa zaman kanak-kanak saya suka usik katak

sampai satu malam saya mimpi ditenggelami lautan katak

kemudian saya jadi takut dengan katak

saya tak akan usik katak lagi

yalah..saya bukan budak yang baik

Friday, October 28, 2011

Tak Nak BUat tapi Kena BUat


bila kerja perkara yang paling TAK NAK DIBUAT ialah BACA JURNAL!!

arrggghhhhh...!!!

perlu ke baca jurnal nih??adess..ngantuk la..seriussss..

tapi...

KENA BACA juga!

sebab daripada jurnal la kita akan tahu hasil kajian dan kaedah kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dalam bidang yang sama.

daripada jurnal juga akan beri kita idea untuk membina instrumen kajian.

daripada jurnal juga kita akan mengetahui part or side bidang yang belum dikaji lagi.

daripada jurnal juga kita akan tahu skop kajian yang telah dijalankan dalam bidang tertentu.

yang paling penting jurnal membantu kita mengetahui dan meningkatkan pengetahuan terkini dalam penyelidikan bidang yang dikaji.

mmmm..

errr..boleh tak TAK NAK baca jurnal?

V

V

V

V

V

..................

Mummy..MEMBACA TU JAMBATAN ILMU




iyela tu..membaca mcm kamu sambil baring kat laptop mummy.




ala..tumpang baring je..

sini je yang panas.

sekarangkan musim hujan, sejuk la..

janganla marah mummy.




Wednesday, October 26, 2011

PERHATIAN!


* peringatan untuk DIRI SENDIRI

p/s : maaf hanya di sini dapat meluahkan rasa


Sila ambil perhatian!

Mohon kepada cik cik yang manis untuk
TIDAK MENCICIRKAN NAJIS ANDA di MANGKUK TANDAS!


arrggghhhh..pagi-pagi buat aku hangin!

kut iye pun tak mau cuci tandas tu minta tolong pastikan NAJIS SENDIRI tak tercicir!

banyak pulak tu..

sudahla di pancut air tak lekang-lekang..gosok dengan berus tandas pun tak lekang jugak!

tembak dengan Mr.Muscle pun tak tanggal jugak tau tak??!!

adessss!!

tolong ye pastikan NAJIS TIDAK TERCICIR!


Monday, October 17, 2011

bersua lagi wahai blog

sudah lama tak menulis cerita di sini..

mahu kongsi cerita apa ye?

anak-anak bulus?

anak bulu ada 3 saja

hampir jadi empat tapi rupanya anak kucing orang

nanti la cerita...

Sunday, March 27, 2011

KEMBARA PERJALANAN 2 - Bila mau sampai nih


Perjalanan seterusnya ialah 6 jam berada dalam bas!

adesss..saya ni tak biasa jenjalan jejauh sgt nih..

agak2 patah pinggang saya tak?huhuhu.. semoga saya selamt tiba di Baling Kedah!!

memulakan perjalanan dengan syahadah..doa selamat perjalanan..dan redha andai ada apa2 berlaku..

sempat telefon mak sebelum naik bas..hehehe..

SAYA SAYANG MAK SAYA!

dan sempat juga saya snap pic kasut makcik ni..hahaha..




SEJAM perjalanan saya masih ok..best duduk kat single seat tepi sekali..tgk pemandangan kat luar





saya kalau berjalan ni memang kurang reti untuk tidur..kenapa?entahla..

DUA JAM perjalanan masih ok la..

menatap pemandangan dari luar bas


pic atas ni masa lalu Jambatan Raja Muda Nazrin


TIGA JAM perjalanan saya sudah gelisah .. adess sakit pinggang aku nih..rasa lapar yang tak tertahan lagi..badan rasa lemah dan lembik..uhuk aku mahu muntah la..

sabar .. sabar .. tahankan saja rasa sakit perut ..sakit pinggang .. sakit belakang .. nak buat mcm mana dah keadaannya begini..sakit badan sebab senggugut .. kena pula nak berjalan jauh..kalau sakit mcm ni dah baring je kat rumah..

Ya Allah ada lagi TIGA JAM perjalanan .. Solehah bila nak sampai nih??
isk isk isk :(


Perut sudah lapar sangat-sangat..ingat boleh tahan..tapi bila dah sakit mcm ni ape pun tak boleh tahan..

Alhamdulillah..driver bas baik hati (ni Solehah kata sebab masa dia naik bas ke Baling ni dari KL driver berenti kat Petronas je)..kami berhenti untuk makan tengahari.

walaupun lemah..gagahkan diri jugak!dengan muka yang aku pun tak tau rupanya..pegi pilih makanan..adess mau makan ape?belasah je la....dengan minum segelas air kosong panas alhamdulillah badan rasa segar balik walaupun sakit..

tapi..bila naik bas semula..aduss mahu muntahla..tak spare plastik pula..

cuba tahan..cuba tahan..ambil Tiger Balm letak kat kepala dan leher..mujur ok..

3 JAM seterusnya..saya abaikan kesakitan dengan melihat pemandangan sepanjang jalan.

Ya Allah..bila mau sampai nih?

tengok jam baru pukul 2.00 pm ..huhu ada lagi sejam.

Bila mau sampai nih..semua dah sakit..

Cuba abaikan dengan tidur..

Pelbagai posisi duduk dicuba..ni yang best duduk sensorang..

PUKUL 3 petang!!!!

Yahooooooo!!!saya sudah nampak signboard BALING!!!!!!!!!

Bila nak turun ni??Bila nak turun ni..?

mesej Solehah yang saya sudah sampai..

aik??nape tak reply nih?

cuba call..tak angkat?

Bila dah turun dan keadaan diri sudah stabil (saya masih lagi pening dan rasa nak muntah) baru call Solehah semula..dia dalam perjalanan.

heh..naik kereta Solehah yang berplat WUT saya ke MRSM Baling..

pergghhhh!!rasa teruja dengan view dia yang sangat cantik!!!


pemandangan bukit dari MRSM



tadaaaa!!!!

Tuesday, March 15, 2011

KEMBARA PERJALANAN - 1

seawal jam 4.30 pagi aku terjaga dari tidur..

eh..Bulat mesti nak makan

bila keluar dari bilik .. alamak!lupa sudah..Bulat dah hantar ke Honey Pet Shop .. heh :)

masuk semula ke bilik cuba untuk tidur .. mmm..tak bleh dah..dah terbiasa bangun waktu ni

keluar dari bilik jenguk yg lain2 yang tidur port masing2..

windu sama Molat ..

siap2 la..ya kena bersiap2 dah ni sebab perjalananku hari ni masih jauh .. jauh ke Baling, Kedah.

Jam 6.00 pagi sudah siap semuanya .. barang2 yg nak dibawa .. motor sudah masuk rumah .. yg nak ditinggal sudah dikemas .. almari sudah kunci .. apa lagi apa lagi??ahhh..makanla.nasi semalam masih ada.

Tiba2...hulamak!!hujan ke Ya Allah?..jammed la jalan ke KL mcm nih..

Jam 6.45 Cik Pda message tanya sudah siap ke K'dina? (Cik Pda dan rakan2 sudi hantar ke Hentian Duta .. TERIMA KASIH).

sudah siap pun..kemudian dia kata lewat sedikit .. Cik penunjuk arah ke Hentian Duta belum sampai..bagusla sb mahu lepas hajat dulu nih!!

haiihh..mcm mana nak berisi?aci masuk je musti nak keluarkan balik..takpela org kata sihat..alhamdulillah..doa2 perut tak meragam sepanjag jalan..

Jam 7.00 pagi Cik Pda datang dengan kawan (Cik Pijot) bawa saya ke rumah mereka .. katanya Cik Penunjuk Arah belum sampai..sampai rumah Cik Pda hujan sudah renyai2 .. dia offer muffin .. hulamak!

'terima kasih..akak dah makan nasi tadi'

'hah??makan nasi??akak masak ke?bangun kul bape?bleh makan nasi pagi2 nih?'

tu dia soalan..

'terjaga kul4.30 tadi .. tak leh tdo dah .. terus siap2 .. nasi tu masak mlm tadi.takut nanti perut kosong sangat nak jalan jauh'

Sambil bersembang .. tiba2 ada seekor kucing cantik bulu panjang warna kelabu

Cik Pda panggil "B!..meh sini balik..hujanla .. akak ni la kucing kitaorg '

'Walaweyy..cumelnya!'

main2 dengan B kejap..cium hidungnya yg basah dan sejuk ..

'uhukk!!musyukkk rrr .. bau montot awak!!'

Masa yang sama Cik Penunjuk Arah sudah sampai yg dikenali sbg Cik Serabut .. terus bergerak ke Hentian Duta guna jalan Sg.Besi.

woow..banyaknya kereta!

tak sampai 10 minit bergerak keadaan jalan mulai sesak ..

'eh!!sini jarang jammed la..apesal nih?'kata Cik Serabut

Seperti yang dijangka ada kemalangan di hadapan kami di lorong paling kanan melibatkan 4 atau 5 buah kereta. Lupa kereta apa yg paling teruk kemiknya..moga yg terlibat selamat.

Sampai di tol Sg.Besi .. auchhhh!!gila byk kereta..Touch N Go diperlukan!alhamdulillah kad TNG boleh digunakan .. hahaha jangan ingat orang takda kereta takda kad TNG.

Perjalanan seterusnya agak lancar namun sesak bila menghampiri KL .. biasala tu lagi2 hari hujan!

Dengan bertemankan pemandangan indah di langit kami bergerak menuju ke Hentian Duta.

Jam 8.15 pagi kami sampai!!

Alhamdulillah .. terima kasih semua sebab sudi bangun pagi2 hantar ke Hentian Duta ni .. dengan jammed lagi ..

wahhh..kembara seterusnya menaiki bas selama 6 jam!

Wednesday, March 9, 2011

Aku mahu ke Kedah

salam..

huwaaaa..4 hari akan datang saya akan mengembara.

agak kritikal penggembaraan ini..

bermula dari Serdang,

bergerak ke Hentian Duta untuk naik bas ( doakan saya selamat pergi dan sampai)

Insyaallah selamat perjalanan menuju ke Baling (Kedah)

di sana akan menemui Solehah Zahirah (tidur di rumahnya untuk malam ini)

selepas Subuh meneruskan perjalanan ke Sg. Petani (inilah tujuan kami yang sebenar)

datang ke sini untuk menghadiri pernikahan bekas teman sebilikku (err..pangkat adik ye)

tidur di rumahnya untuk malam ini .. ada kenduri arwah jadi kena bawa baju kurung lebih .. err pinjam baru Solehah saja ..ngeh ngeh ngeh !!

petang selepas majlis kami akan bergerak ke rumah Solehah di Bagan Serai (saya akan tidur di sini malam ini)

pagi2 esoknya bergerak menuju ke Kuala Kangsar menemui ibu kepada arwah sahabat saya Umi Husna (1986 - 2008)

petangnya saya akan pulang ke KL

terus menuju ke rumah Ieya dan Aley (tidur di sini malam ini)

esok paginya bergerak pulang ke Serdang.


p/s : setiap malam pun tidur di rumah berlainan..haiiyoooo..mau bwk baju berapa banyak maaa???


Wednesday, March 2, 2011

Petang Semalam

petang semalam tanggal 1 Mac 2011 kira-kira jam 6.45 petang.

kami (Cik Dini, me myself dan Cik Chempaka) teman anak2 bulus bermain2 di luar seperti biasa..


tiba2 dari seberang jalan nampak seekor kucing hitam.. panggil Cik Dini beritahu dia mungkin ini mak kepada Blakie..hahaha sebenarnya saya tak perasan kucing tu kucing dewasa atau kanak2 almaklumla orang rabun lepas tu tak mahu pakai cermin mata..kononnya tak lawa!

Cik Dini pegi jenguk..rupanya anak kucing dalam usia 4 ke 6 bulan..err ini berdasarkan saiznya dan sedikit pengalaman menjaga bdk2 bulus dari kecil..


uh..budak tu gila manja..

kami tertanya2 di mana rumah dia?


sangat manja sampai naik ke riba Cik Chempaka!

terkejut kami nih haa Cik Kiah oiii..


sudahla manja..bersih pula tu..takda kurap..sihat je mcm kucing yang bertuan..plus memang tak pernah nampak kucing ni dekat2 kawasan rumah kami..


tiba2 pula dia mahu ke rumah..uishhh..tau tau kamu ye mana rumah kitaorang..heh ada bau makanan dan kucing ek??






tapi ape boleh buat daaa...belum masuk pagar sudah kena sembur dengan Bulat..Mama Popok dan Si Oren..



sampai kepek telinga Bulat sembur budak tu...




ahhh sudah!anak2 bulus membuat pos kawalan supaya dia tak masuk rumah!






tapi kasihan perutnya kempis..lantas Cik Dini balik ambil biskut di rumah dan beri kepada Cik Tam nih.. lepas tu kami tak tau ape jadi dengan dia sebab Cik Dini beri makan agak jauh supaya anak2 bulus tak sembur dia lagi..(ye la waktu tu dah nak maghrib..kami pun sudah masuk rumah)

malamnya lepas isyak mahu panggil budak2 masuk rumah untuk tidur..sebab sangat pelik bila waktu2 begini sudah ambil port tidur masing2.ni satu pun takda..


rupa2nya bila panggil budak2 balik Cik Tam pulak yang berlari2 datang ke rumah..ooo masih ada di sini..

tapi belum masuk pagar rumah Mama Popok dah sembur dia..huhu datang pulak Si Oren sembur dia juga..Bulat pula datang cium2 dia pastu sembur Cik Tam tu pastu dia pegi berlari ntah ke mana..


abesla..anak2 ni kang tak balik plak sebab ada budak Tam nih..


malas nak layan budak2 tu aku masuk dalam tengok cerita Hani episod akhir..heh :P


Cik Dini beri Cik Tam tu makan lagi..rupa2nya dia mahu masuk rumah..ayooo..nanti awak kena belasah ngan budak2 rumah ni la..dorg ni garang!lagi2 Cik Yin tu memang pantang ada kucing lain datang rumah..


cerita Hani sudah abes..mata sudah ngantuk..badan sudah sakit2 mahu baring..Si Bulat belum masuk rumah..kena la mencari.


panggil2 pun tak mahu balik bila nampak Cik Tam dekat ngan kita..last2 malas sangat nak layan kerenah dorg Cik Dini pegi dukung Si Oren masuk rumah tapi bila nampak je si budak tu dia punya mengaum tu menyeramkan!


Mama Popok sudah dikerah masuk rumah..dia senang je gertak sket mencicitla..

Cik Yin pula sudah tidur di katil..


Si Bulat ni..memang payah..jenis tak bleh paksa!..kita datang nak tangkap je lari..adeh laju betul dia lari..kut aku taula dia ligat mcm ni dulu aku tak betulkan kaki dia..


lama2 dia pun dah letih agaknya..tapi kena pujuk suruh tidur baru boleh pegang dia. Tapi bila melintas je tepi budak Tam tu dia punya sembur hailaaa..budak tu tak bersalah ape pun dia nak makan je..


lepas tu cakap kat budak Tam tu "minta maaf..tak dapat nak jaga kamu.jaga diri baik2.kamu ni mesti ada tuan pegila balik rumah kamu"


heh..dia mcm faham je ape aku cakap..sedih pula nak tinggalkan dia sorg2 kat luar.


pagi tadi lepas subuh temankan Bulat kat luar..jenguk2 juga budak Tam tu..dah tak ada..maafkan kami.

Tuesday, March 1, 2011

Tiramisu Oh Tiramisu

huwaaaaa....cepat hantarkan kepada saya kek yang sedap bernama TIRAMISU!!!!





ohhhh..teringin gilaaaa!!!



wahhhh..sedapnya tak tertahan..

wahh..cantiknya menggodakan..

ohhhh..kamu pasti lazat..



uhhh..nyum nyum nyum huwaaaaaa...


sape mahu belanja saya makan kek tiramisu nih??

sudah teringin..pasti malam nanti aku tidur bermimpikan kamu..:P



Wednesday, February 9, 2011

Siapa Jodoh Kita?

Siapakah jodoh kita?

masih tercari-cari?

atau sudah ada di hati?





“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”


Petikan dari tulisan Ustaz Pahrol

Tuesday, January 18, 2011

Ulangtahun Kelahiran

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran!!






errr..kenapa tak guna selamat hari jadi??

sebab kita tak tahu bila kita dijadikan..Allah SWT saja yang tahu bila kita dijadikan.

seperti kejadian alam ini..siapa yang menciptanya?bila ia dicipta?mampukah kita menyangkal kehebatan Zat Yang Maha Esa ini?




tarikh yang kita sering sambut ini adalah tarikh kelahiran kita di dunia ini..tempat di mana Allah melantik kita menjadi khalifah di muka bumi ini.



bila kita dijadikan?

ada jawapan?

syukur alhamdulillah masih menghirup udara ciptaan Allah ini..masih menikmati dunia yang cantik ini..terima kasih Ya Allah atas nikmatMu tapi jangan Kau lalaikan aku dengan nikmat sementara ini.









bila bercakap mengenai hari lahir pastinya yang dicanangkan adalah nombor usia kita..

17?

20?

24?

29?

32?

40???


saya teringat ada satu isu dari Majalah Solusi Isu 24 yang membincangkan tentang usia

"Panjangkan Usiaku" - Orang Bijak Panjang Umur

kenapa ya???

- usia umpama harta..bukan banyaknya yang menjadiperhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat sedikitnya mencukupi banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitu juga usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian -

sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi pasal usia ni

so see u on next entry..insyaAllah

Saturday, January 15, 2011

AJL 25..ape yang kome tak puas hati nih??

salam sejahtera ke atas kamu kamu yang membaca



sekarang ni tengah menonton ulang siar Anugerah Juara Lagu 25..


ape yang korang tak puas hati dengan AJL kali ini?




keputusan juri?

persembahan?

pada saya keputusan juri adalah yang terbaik kerana juri adalah mereka mereka yang dah lama berkecimpung dalam industri





pertikai barisan juri AJL?

tanya kat TV3 laa..

keseluruhannya AJL 25 ini agak membosankan...tiada perasaan teruja macam yg lepas2

kenapa?

pertama persembahan..serius tiada persembahan yang melekat dalam ingatan..semua pun mcm biasa2 je..tak ada yang debooommmm!!!

walaupun Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik tapi percaya atau tidak persembahan dia tahun lepas lebih gempak dan terkesan!

kenapa ye persembahan tahun ni kurang menarik??

ingat tahun lepas bila Aizat menang Persembahan Terbaik dengan lagu Kau dan Aku




memang terbaiiikkkkk!!! happy..sincere..enjoy..tengok byk2 kali pun tak bosan..

serius!!cuba korang tengok balik kat Youtube


kemenangan Hafiz untuk Vokal Terbaik memang tepat..vokal dia memang bagus walaupun Black mempunyai suara yang dikatakan power jugak la..

sebab bila cakap pasal vokal ni dia bukan sekadar nyaring...adala elemen2 dia tu..kite mana tau cikgu vokal je tau..

perkara kedua yang paling tak puas hati..kamera!!

adeh mcm mana ni??

bergoyangla..pastu tak zoom muka setiap orang kat atas pentas

kami ni di rumah pun penonton dan penyokong AJL juga..kami ni kat rumah tertanya2 siapa perempuan yang menampar Shahir..adeh..tak nampak muka..ntah ape2

geram betul!!

adakah kerana tempat tu luas sangat??

tahun lepas buat kat mana ye??

bukan tu je masa kumpulan A.P.I buat persembahan pun tak tunjuk muka orang2 yang main isntrumen tu..asik asik muka Noh dengan Lan
tunjukla muka2 yang ada atas pentas tu..ape guna dorg ada situ tapi tak ditunjuk muka..

tu la yang paling tak puas hati..

lagi lagi...

selalunya ganding Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail mantap dan menghiburkan!
tapi tak tau la kenapa mereka mcm takda chemistry malam tu..




kenapa ye?

promo AJL 25 pun tak best..tak meriah mcm tahun lepas..

adakah kerana bajet?

lagi satu lagi satu

perasan atau tak kebanyakan baju artis lelaki yang bertanding semuanya mcm patern baju FT!


ni baju FT tahun lepas..gempak!!





Tomok




Black


tapi baju drummer Meet Uncle Hussien tu sangat smart!!cute!!mcm tu la baru gempak!!tapi duk tepi..alamak..

okla okla..tu je komen untuk AJL25

jumpa tahun depan..