CLICK ON ME

Friday, November 11, 2011

11.11.11


apa yang menarik dengan tarikh 11.11.11?

hari ni ada kenduri kawin depan rumah sewa kami..

tapi mereka tak jemput kami pun..

boleh ke?

heh..bak kata budak umah sunnah Rasul jemput 40 orang jiran tetangga dari bahagian kiri, kanan, belakang dan hadapan..


ape-ape la cik
, takda masalah.. hahahaha..

ape cerita hari ini?


Bulat saya monyok aje.
mmm..kenapa ye?

adakah sebab ada kucing jantan yang bertandang ke rumah tu asik ligan dia?


kasihan Bulat saya..nak keluar bermain pun kurang senang..asik dikejar saja.


cepat sihat ye sayang..



Tuesday, November 8, 2011

walaupun saya bukan budak baik


walaupun saya bukan budak baik

saya tak sanggup nak cederakan binatang

walaupun saya bukan budak baik

saya tak rela cederakan haiwan

walaupun saya tak dapat beri perlindungan pada haiwan

saya tak mungkin lukakan badan mereka

walaupun saya suka marah kucing luar yang masuk ke rumah dan "menanda" dalam rumah

saya tak akan lukakan badannya

walaupun saya hambat kucing luar dengan kain

saya tak akan cecahkan kain tu pada badan badan mereka

walaupun saya pukul punggung Citam sebab dia nakal

saya tak mungkin akan cederakan dia


saya tertanya-tanya..

walaupun saya bukan budak baik

kenapa ada orang yang sanggup cederakan haiwan?

kenapa perlu simbah mereka dengan air panas?

apa rasa mereka jika mereka disimbah air panas atau tersimbah air panas?

perlu ke pukul hingga mereka luka-luka?

hina sangat ke haiwan jalanan ni?

mereka ini tiada nilai kah di dunia ini?

jika mereka tak bernilai dan tak berhak hidup kenapa Allah cipta mereka?

tak kah mereka tahu setiap yang dicipta itu ada fungsinya?

seperti kita mencipta sesuatu peralatan atau barang untuk kegunaan..

seperti manusia yang dicipta begitu hebat kerana berfungsi mentadbir bumi..

hebat sangatkah manusia bila dianugerahkan dengan akal?

andai manusia tak diberi akal..bukankah manusia sama saja dengan haiwan?

kenapa mereka sanggup berlaku kejam?


walaupun saya bukan budak baik

saya tak mungkin cederakan haiwan dengan sengaja apatah lagi cederakan mereka kerana suka-suka..

dulu..

semasa zaman kanak-kanak saya suka usik katak

sampai satu malam saya mimpi ditenggelami lautan katak

kemudian saya jadi takut dengan katak

saya tak akan usik katak lagi

yalah..saya bukan budak yang baik

Friday, October 28, 2011

Tak Nak BUat tapi Kena BUat


bila kerja perkara yang paling TAK NAK DIBUAT ialah BACA JURNAL!!

arrggghhhhh...!!!

perlu ke baca jurnal nih??adess..ngantuk la..seriussss..

tapi...

KENA BACA juga!

sebab daripada jurnal la kita akan tahu hasil kajian dan kaedah kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dalam bidang yang sama.

daripada jurnal juga akan beri kita idea untuk membina instrumen kajian.

daripada jurnal juga kita akan mengetahui part or side bidang yang belum dikaji lagi.

daripada jurnal juga kita akan tahu skop kajian yang telah dijalankan dalam bidang tertentu.

yang paling penting jurnal membantu kita mengetahui dan meningkatkan pengetahuan terkini dalam penyelidikan bidang yang dikaji.

mmmm..

errr..boleh tak TAK NAK baca jurnal?

V

V

V

V

V

..................

Mummy..MEMBACA TU JAMBATAN ILMU




iyela tu..membaca mcm kamu sambil baring kat laptop mummy.




ala..tumpang baring je..

sini je yang panas.

sekarangkan musim hujan, sejuk la..

janganla marah mummy.




Wednesday, October 26, 2011

PERHATIAN!


* peringatan untuk DIRI SENDIRI

p/s : maaf hanya di sini dapat meluahkan rasa


Sila ambil perhatian!

Mohon kepada cik cik yang manis untuk
TIDAK MENCICIRKAN NAJIS ANDA di MANGKUK TANDAS!


arrggghhhh..pagi-pagi buat aku hangin!

kut iye pun tak mau cuci tandas tu minta tolong pastikan NAJIS SENDIRI tak tercicir!

banyak pulak tu..

sudahla di pancut air tak lekang-lekang..gosok dengan berus tandas pun tak lekang jugak!

tembak dengan Mr.Muscle pun tak tanggal jugak tau tak??!!

adessss!!

tolong ye pastikan NAJIS TIDAK TERCICIR!