CLICK ON ME

Sunday, March 27, 2011

KEMBARA PERJALANAN 2 - Bila mau sampai nih


Perjalanan seterusnya ialah 6 jam berada dalam bas!

adesss..saya ni tak biasa jenjalan jejauh sgt nih..

agak2 patah pinggang saya tak?huhuhu.. semoga saya selamt tiba di Baling Kedah!!

memulakan perjalanan dengan syahadah..doa selamat perjalanan..dan redha andai ada apa2 berlaku..

sempat telefon mak sebelum naik bas..hehehe..

SAYA SAYANG MAK SAYA!

dan sempat juga saya snap pic kasut makcik ni..hahaha..




SEJAM perjalanan saya masih ok..best duduk kat single seat tepi sekali..tgk pemandangan kat luar





saya kalau berjalan ni memang kurang reti untuk tidur..kenapa?entahla..

DUA JAM perjalanan masih ok la..

menatap pemandangan dari luar bas


pic atas ni masa lalu Jambatan Raja Muda Nazrin


TIGA JAM perjalanan saya sudah gelisah .. adess sakit pinggang aku nih..rasa lapar yang tak tertahan lagi..badan rasa lemah dan lembik..uhuk aku mahu muntah la..

sabar .. sabar .. tahankan saja rasa sakit perut ..sakit pinggang .. sakit belakang .. nak buat mcm mana dah keadaannya begini..sakit badan sebab senggugut .. kena pula nak berjalan jauh..kalau sakit mcm ni dah baring je kat rumah..

Ya Allah ada lagi TIGA JAM perjalanan .. Solehah bila nak sampai nih??
isk isk isk :(


Perut sudah lapar sangat-sangat..ingat boleh tahan..tapi bila dah sakit mcm ni ape pun tak boleh tahan..

Alhamdulillah..driver bas baik hati (ni Solehah kata sebab masa dia naik bas ke Baling ni dari KL driver berenti kat Petronas je)..kami berhenti untuk makan tengahari.

walaupun lemah..gagahkan diri jugak!dengan muka yang aku pun tak tau rupanya..pegi pilih makanan..adess mau makan ape?belasah je la....dengan minum segelas air kosong panas alhamdulillah badan rasa segar balik walaupun sakit..

tapi..bila naik bas semula..aduss mahu muntahla..tak spare plastik pula..

cuba tahan..cuba tahan..ambil Tiger Balm letak kat kepala dan leher..mujur ok..

3 JAM seterusnya..saya abaikan kesakitan dengan melihat pemandangan sepanjang jalan.

Ya Allah..bila mau sampai nih?

tengok jam baru pukul 2.00 pm ..huhu ada lagi sejam.

Bila mau sampai nih..semua dah sakit..

Cuba abaikan dengan tidur..

Pelbagai posisi duduk dicuba..ni yang best duduk sensorang..

PUKUL 3 petang!!!!

Yahooooooo!!!saya sudah nampak signboard BALING!!!!!!!!!

Bila nak turun ni??Bila nak turun ni..?

mesej Solehah yang saya sudah sampai..

aik??nape tak reply nih?

cuba call..tak angkat?

Bila dah turun dan keadaan diri sudah stabil (saya masih lagi pening dan rasa nak muntah) baru call Solehah semula..dia dalam perjalanan.

heh..naik kereta Solehah yang berplat WUT saya ke MRSM Baling..

pergghhhh!!rasa teruja dengan view dia yang sangat cantik!!!


pemandangan bukit dari MRSM



tadaaaa!!!!

Friday, March 18, 2011

Selamat Hari Lahir Bulat!!



hari ni genap umur Bulat satu tahun!!

hahahha..sudah besar anak aku nih ..


ni kalau tak kawal ni rasanya dah dapat cucu dah ni


tapi nak dapat cucu ape?


makan pun bersuap ..









semalam cirit birit pulak


terima kasih Dr.Nurul and husband
yang buat treatment untuk Bulat ..


doakan Bulat sentiasa sihat

tata ..

Thursday, March 17, 2011

Tuesday, March 15, 2011

KEMBARA PERJALANAN - 1

seawal jam 4.30 pagi aku terjaga dari tidur..

eh..Bulat mesti nak makan

bila keluar dari bilik .. alamak!lupa sudah..Bulat dah hantar ke Honey Pet Shop .. heh :)

masuk semula ke bilik cuba untuk tidur .. mmm..tak bleh dah..dah terbiasa bangun waktu ni

keluar dari bilik jenguk yg lain2 yang tidur port masing2..

windu sama Molat ..

siap2 la..ya kena bersiap2 dah ni sebab perjalananku hari ni masih jauh .. jauh ke Baling, Kedah.

Jam 6.00 pagi sudah siap semuanya .. barang2 yg nak dibawa .. motor sudah masuk rumah .. yg nak ditinggal sudah dikemas .. almari sudah kunci .. apa lagi apa lagi??ahhh..makanla.nasi semalam masih ada.

Tiba2...hulamak!!hujan ke Ya Allah?..jammed la jalan ke KL mcm nih..

Jam 6.45 Cik Pda message tanya sudah siap ke K'dina? (Cik Pda dan rakan2 sudi hantar ke Hentian Duta .. TERIMA KASIH).

sudah siap pun..kemudian dia kata lewat sedikit .. Cik penunjuk arah ke Hentian Duta belum sampai..bagusla sb mahu lepas hajat dulu nih!!

haiihh..mcm mana nak berisi?aci masuk je musti nak keluarkan balik..takpela org kata sihat..alhamdulillah..doa2 perut tak meragam sepanjag jalan..

Jam 7.00 pagi Cik Pda datang dengan kawan (Cik Pijot) bawa saya ke rumah mereka .. katanya Cik Penunjuk Arah belum sampai..sampai rumah Cik Pda hujan sudah renyai2 .. dia offer muffin .. hulamak!

'terima kasih..akak dah makan nasi tadi'

'hah??makan nasi??akak masak ke?bangun kul bape?bleh makan nasi pagi2 nih?'

tu dia soalan..

'terjaga kul4.30 tadi .. tak leh tdo dah .. terus siap2 .. nasi tu masak mlm tadi.takut nanti perut kosong sangat nak jalan jauh'

Sambil bersembang .. tiba2 ada seekor kucing cantik bulu panjang warna kelabu

Cik Pda panggil "B!..meh sini balik..hujanla .. akak ni la kucing kitaorg '

'Walaweyy..cumelnya!'

main2 dengan B kejap..cium hidungnya yg basah dan sejuk ..

'uhukk!!musyukkk rrr .. bau montot awak!!'

Masa yang sama Cik Penunjuk Arah sudah sampai yg dikenali sbg Cik Serabut .. terus bergerak ke Hentian Duta guna jalan Sg.Besi.

woow..banyaknya kereta!

tak sampai 10 minit bergerak keadaan jalan mulai sesak ..

'eh!!sini jarang jammed la..apesal nih?'kata Cik Serabut

Seperti yang dijangka ada kemalangan di hadapan kami di lorong paling kanan melibatkan 4 atau 5 buah kereta. Lupa kereta apa yg paling teruk kemiknya..moga yg terlibat selamat.

Sampai di tol Sg.Besi .. auchhhh!!gila byk kereta..Touch N Go diperlukan!alhamdulillah kad TNG boleh digunakan .. hahaha jangan ingat orang takda kereta takda kad TNG.

Perjalanan seterusnya agak lancar namun sesak bila menghampiri KL .. biasala tu lagi2 hari hujan!

Dengan bertemankan pemandangan indah di langit kami bergerak menuju ke Hentian Duta.

Jam 8.15 pagi kami sampai!!

Alhamdulillah .. terima kasih semua sebab sudi bangun pagi2 hantar ke Hentian Duta ni .. dengan jammed lagi ..

wahhh..kembara seterusnya menaiki bas selama 6 jam!

Wednesday, March 9, 2011

Aku mahu ke Kedah

salam..

huwaaaa..4 hari akan datang saya akan mengembara.

agak kritikal penggembaraan ini..

bermula dari Serdang,

bergerak ke Hentian Duta untuk naik bas ( doakan saya selamat pergi dan sampai)

Insyaallah selamat perjalanan menuju ke Baling (Kedah)

di sana akan menemui Solehah Zahirah (tidur di rumahnya untuk malam ini)

selepas Subuh meneruskan perjalanan ke Sg. Petani (inilah tujuan kami yang sebenar)

datang ke sini untuk menghadiri pernikahan bekas teman sebilikku (err..pangkat adik ye)

tidur di rumahnya untuk malam ini .. ada kenduri arwah jadi kena bawa baju kurung lebih .. err pinjam baru Solehah saja ..ngeh ngeh ngeh !!

petang selepas majlis kami akan bergerak ke rumah Solehah di Bagan Serai (saya akan tidur di sini malam ini)

pagi2 esoknya bergerak menuju ke Kuala Kangsar menemui ibu kepada arwah sahabat saya Umi Husna (1986 - 2008)

petangnya saya akan pulang ke KL

terus menuju ke rumah Ieya dan Aley (tidur di sini malam ini)

esok paginya bergerak pulang ke Serdang.


p/s : setiap malam pun tidur di rumah berlainan..haiiyoooo..mau bwk baju berapa banyak maaa???