CLICK ON ME

Friday, August 12, 2011

Siapa Kamu?

salam Ramadan..

satu petang dalam bulan Ramadan..

hati teringin menjenguk lalang yang mula subur di belakang rumah.

melalui bilik Cik Chempaka aku mengintai-intai

tiba-tiba

eh eh..Bulat???

eh eh bukan bukan!!

sape nih??

alamakkkkk!!!syoknya tidur...


ini pic sumbangan cik Chempaka dari fb beliau...


bila kita usik usik dia..dia just tengok kitorg dengan mata kuyu..hahahah cute gila..

pastu boleh dia sambung tito dgn nyenyaknya!

perrrgghhh..mcm rumput tu tilam jek..

sadis plak nengoknya..hahaha...



semalam kami jenguk lagi..


hahaha..adala..tapi sudah tukar port

perrgghhh..mcm best je rumput tu..sejuk dan nyaman gamaknya..hehehe

tak caye tgk ni..



nampak tak?

ala..rumput panjang..tak jelas sangat..hehehe..

ok selamat tidur ye..

Monday, June 20, 2011

Tinggal kita je..

sudah 2 minggu.. tinggal kita aje..


aku dengan



Si manisku yang capik





si montel ini




dan kamu


kamu yang datang berlindung dan mengisi perut di sini

kamu sudah aku didik supaya meminta makanan dari aku


bukan mencuri ikan di kuali



ingat tu..


tiba masanya kita juga akan berpisah.

Sunday, June 19, 2011

Harinya sudah tiba..

salam..

sudah lama tak menulis di sini..agaknya saya sudah tidak punya follower..ahahaha..mcm la ada sangat!

terima kasih kepada yang sudi berkunjung..

tajuk entri ini "Harinya sudah tiba"

kenapa?

Ya..kerana hari perpisahan antara aku dan kamu sudah tiba..

antara aku


dengan

kamu..



kamu..



dan kamu..




kenangan menjaga kebajikan kamu saya tak akan lupa.

terima kasih kerana beri saya kenangan yang indah dengan kamu..




beri saya peluang dan ruang bermanja dengan kamu



bermain dengan kamu



berkasar dengan kamu

bergaduh dengan kamu



menjerit dengan kamu



membelai kamu

mengucup kamu

menyuap kamu

menumpang kasih dengan kamu



terima kasih

andai ada ruang dan peluang

Insyaallah kita pasti bersua

saya doa kamu tak lupa saya..



saya yang selalu ada untuk kamu..bila kamu tiada tempat bergantung.

salam kasih untuk kamu.


andai Allah izinkan kita berjumpa di "sana".
Maaf andai dulu saya tidak menjaga kamu dengan baik.

Friday, April 15, 2011

Ya Allah..selamatkan dia (Oren)



ingat lagi budak oren ni?

satu-satunya budak oren dalam rumah kecil kami

malam kelmarin dia jatuhkan bakul isi pinggan di dapur sebab nak tidur di timbunan kotak bersebelahan rak pinggan kami

mula-mula memang nak marah dia atau lebih manis nak tanya kenapa dia buat mcm tu sebab sebelum ni dia tidur di situ memang tak pernah tertolak bakul pinggan tersebut.

tapi tiba-tiba tengok muka dia yang sayu (mungkin menahan sakit) terus tanya..

"eh..Oren kenapa ni"


"eoowww..." sangat perlahan


tengok betul-betul..Ya Allah kenapa badan dia menggeletar ni?kenapa kaki dia macam terpeleot (terkangkang)

"Oren excident ke?"
tanya dia cool tapi dalam hati tu dah berdebar2


terus angkat dia letak di lantai
alhamdulilah boleh jalan..
tapi kenapa 'anu' dia mcm sakit?memerah!


"Hajar (Cik Chempaka) call K'dini bagitau Oren ni mcm sakit je"
saya minta Cik Chempaka call Cik Dini.


Tak lama Cik Dini kata Dr.Joe akan datang tengok Oren..sebab simptom yang ada menunjukkan kemungkinan Oren termakan racun (racun tikus)


Allahu Akhbar..

dipendekkan cerita Dr.Joe datang check Oren dan terus bawa ke klinik.

Sebelum dibawa Dr.Joe ada buat pemeriksaan..dia kata Oren tak boleh kencing..pundi kencing dia dah keras mcm bola tenis!

Ya!..saya ada pegang memang keras mcm bola tenis!patutla dia kencing lama sangat..bukan kencing tapi dia tak boleh kencing!

Jadi Dr.Joe cuba paksa dia kencing bila balik ke klinik nanti


Tapi....keadaan terkini Oren dah muntah darah.

Dr.Joe call tengahari baru ni je tadi..

Kemungkinan besar dia memang dah kena racun..

Ya Allah selamatkanla Oren..masa dia sakit hari tu tak sempat minta maaf kat dia atas salah silap kita kat dia..

Ya Allah selamatkan Oren..


Wednesday, April 13, 2011

Itu Kamu : Bhg 4 - The 3rd Eye


mari bercerita tentang budak itam nih

budak ni memang sangat lincah

sebab terlebih lincah satu hari matanya terbelah sebab kena kukunya yang tajam semasa dia bermain-main sendiri

dengan segera Cik Dini dan Cik Rizal bawa ke vet UPM

serta merta dia dimasukkan dalam wad untuk rawatan segera

Cik Dini kata vet cuba selamatkan mata dia yang masih boleh berfungsi

eh..bukan dr.nurul kata dah tak bleh guna ke?

mmm..takpe la mereka berusaha untuk beri harapan dia melihat

jadi hasilnya begini..




Blacky menjalani major surgery untuk 3rd Eye

maksudnya..maaf saya pun kurang arif perkara ni..tapi menurut Cik Dini vet operate keluarkan mata ketiga Blacky ni

so hasilnya begitu..benang di kening tu untuk memegang selaput mata ketiga (macam tu kut)

vet buat sebelah sahaja..sebelah lagi selepas mata yang diusahakan ini berhasil dan yang paling penting Blacky selamat dan sihat untuk operation.

oleh sebab bercorong begini kami panggil dia
"LAMPU SULUH BERGERAK"


tak percaya??

'SILA LIHAT VIDEO INI'