CLICK ON ME
Sunday, November 27, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Harimau Muda! AUUUMMMMMM!!!!!
Tidak tergugat dengan sorakan 100 ribu penyokong Indonesia.
Terima Kasih kerana berjaya 'mendiamkan' sorakan mereka di tempat sendiri.
Terima Kasih kepada Kapten Baddrol Bakhtiar.
What a wonderful saver and kick!!
You're awesome!!!!
Pada awal perlawanan kami rasa semangat sudah luntur dengan gol pertama..dengan situasi pemain Malaysia yang nampak kucar-kacir di mana barisan pertahanan dengan mudah dirempuh..aarggggghhhh!!
Macam dah taknak tengok lagi.. Tapi gol penyamaan menaikkan semangat!
Melihat kepada prestasi yang meningkat terutama dalam separuh masa kedua di tambah dengan asakan Malaysia ke gawang Indonesia kami yakin Harimau Muda akan berjaya!
Bila masuk ke masa tambahan kami mula terkujat-kujat di rumah..arrrgghhhh nasib baik tak ke restoran Mamak!
Kami di rumah dah menari-nari..terlompat-lompat..dan pasti terjerit-jerit!
Ala..bukan selalu kan?
Bila masuk babak sepakan penalti memang harapan pada Baddrol Bakhtiar dan pasti GK kita!
Hasilnya???
HOOOOORREEEEYYY!!!!!!!!!!!GGOOOOLLLLLL!!!
walau pada awalnya dapat ditampan oleh GK lawan tapi tampanannya TAK KEMAS menyebabkan bola meleret masuk ke GAWANG INDONESIA!
YES!! TERDIAM SORAKAN STADIUM GELORA BUNG KARNO!
Saya bersorak dengan housemate..kecut perut bersama-sama..terlompat-lompat bersama-sama..hehehe
What a great memory ever!
Thanks dear..
Friday, November 11, 2011
11.11.11
apa yang menarik dengan tarikh 11.11.11?
hari ni ada kenduri kawin depan rumah sewa kami..
tapi mereka tak jemput kami pun..
boleh ke?
heh..bak kata budak umah sunnah Rasul jemput 40 orang jiran tetangga dari bahagian kiri, kanan, belakang dan hadapan..
ape-ape la cik, takda masalah.. hahahaha..
ape cerita hari ini?
Bulat saya monyok aje. mmm..kenapa ye?
adakah sebab ada kucing jantan yang bertandang ke rumah tu asik ligan dia?
kasihan Bulat saya..nak keluar bermain pun kurang senang..asik dikejar saja.
cepat sihat ye sayang..
Tuesday, November 8, 2011
walaupun saya bukan budak baik
walaupun saya bukan budak baik
saya tak sanggup nak cederakan binatang
walaupun saya bukan budak baik
saya tak rela cederakan haiwan
walaupun saya tak dapat beri perlindungan pada haiwan
saya tak mungkin lukakan badan mereka
walaupun saya suka marah kucing luar yang masuk ke rumah dan "menanda" dalam rumah
saya tak akan lukakan badannya
walaupun saya hambat kucing luar dengan kain
saya tak akan cecahkan kain tu pada badan badan mereka
walaupun saya pukul punggung Citam sebab dia nakal
saya tak mungkin akan cederakan dia
saya tertanya-tanya..
walaupun saya bukan budak baik
kenapa ada orang yang sanggup cederakan haiwan?
kenapa perlu simbah mereka dengan air panas?
apa rasa mereka jika mereka disimbah air panas atau tersimbah air panas?
perlu ke pukul hingga mereka luka-luka?
hina sangat ke haiwan jalanan ni?
mereka ini tiada nilai kah di dunia ini?
jika mereka tak bernilai dan tak berhak hidup kenapa Allah cipta mereka?
tak kah mereka tahu setiap yang dicipta itu ada fungsinya?
seperti kita mencipta sesuatu peralatan atau barang untuk kegunaan..
seperti manusia yang dicipta begitu hebat kerana berfungsi mentadbir bumi..
hebat sangatkah manusia bila dianugerahkan dengan akal?
andai manusia tak diberi akal..bukankah manusia sama saja dengan haiwan?
kenapa mereka sanggup berlaku kejam?
walaupun saya bukan budak baik
saya tak mungkin cederakan haiwan dengan sengaja apatah lagi cederakan mereka kerana suka-suka..
dulu..
semasa zaman kanak-kanak saya suka usik katak
sampai satu malam saya mimpi ditenggelami lautan katak
kemudian saya jadi takut dengan katak
saya tak akan usik katak lagi
yalah..saya bukan budak yang baik
Subscribe to:
Posts (Atom)