walaupun saya bukan budak baik
saya tak sanggup nak cederakan binatang
walaupun saya bukan budak baik
saya tak rela cederakan haiwan
walaupun saya tak dapat beri perlindungan pada haiwan
saya tak mungkin lukakan badan mereka
walaupun saya suka marah kucing luar yang masuk ke rumah dan "menanda" dalam rumah
saya tak akan lukakan badannya
walaupun saya hambat kucing luar dengan kain
saya tak akan cecahkan kain tu pada badan badan mereka
walaupun saya pukul punggung Citam sebab dia nakal
saya tak mungkin akan cederakan dia
saya tertanya-tanya..
walaupun saya bukan budak baik
kenapa ada orang yang sanggup cederakan haiwan?
kenapa perlu simbah mereka dengan air panas?
apa rasa mereka jika mereka disimbah air panas atau tersimbah air panas?
perlu ke pukul hingga mereka luka-luka?
hina sangat ke haiwan jalanan ni?
mereka ini tiada nilai kah di dunia ini?
jika mereka tak bernilai dan tak berhak hidup kenapa Allah cipta mereka?
tak kah mereka tahu setiap yang dicipta itu ada fungsinya?
seperti kita mencipta sesuatu peralatan atau barang untuk kegunaan..
seperti manusia yang dicipta begitu hebat kerana berfungsi mentadbir bumi..
hebat sangatkah manusia bila dianugerahkan dengan akal?
andai manusia tak diberi akal..bukankah manusia sama saja dengan haiwan?
kenapa mereka sanggup berlaku kejam?
walaupun saya bukan budak baik
saya tak mungkin cederakan haiwan dengan sengaja apatah lagi cederakan mereka kerana suka-suka..
dulu..
semasa zaman kanak-kanak saya suka usik katak
sampai satu malam saya mimpi ditenggelami lautan katak
kemudian saya jadi takut dengan katak
saya tak akan usik katak lagi
yalah..saya bukan budak yang baik
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk