CLICK ON ME
Monday, January 31, 2011
Budak Hidung Pink
satu malam housemate panggil bagitahu ada anak kucing sekor2 kat depan sliding rumah..
ahhh sudahh..anak sape nih?
fikir2 mungkin anak kucing Cik Dini Si Meymey..alamak kesian mak dia takda..
housemate pun amik kotak dan kain letak baby kittie takut sejuk dan lapar
heh.tecit gile budak nih..idung pun kaler pink..bulu hitam putih
housemate panggil dia Abu!
esok pagi bangun pagi nak tengok si tencit tu..upe2nya mak dia pun ada..eh!ada lagi sekor la..hehehe..warna putih oren yang tak berapa oren
hehe..kalu kucen tencit mcm ni agak geli2 sket nak pegang..or bermain2 lagipun kalau kita selalu sangat pegang anak kucen ni nanti mak dia tak mau susukan anak dia tu sb bau manusia..
ingat dulu masa jadi penggila kucen..mana2 anak bulus yg cumel2 kuarkan dari kotak wat main2..lama2 anak tu mati sebab mak dia taknak susukan..
pastu mak pesan biar berjalan anak kucen tu dulu baru bleh main..
baiikk mak sayang!!
so Cik Dini beri nama Yin dan Yang..orang tak ingat pun yg mana satu Yin yang mana Yang sb Cik Dini kata beri nama tu sebab satu hitam satu putih..YinYang tu sifat positif dan negatif dalam kitab orang Cina
ala..yang ni..
sape da baca buku perang2 mcm Alam Perwira..Pedang Setiawan..Raja Rimba..bla bla bla musti tau!
so proses pembesaran Yin Yang ni tak la diikuti sangat..just kdg2 tolong tengok2 dan tolong bersihkan taik maik mereka.
tak banyak gambar masa kecik..dorang ni penakut..ni pic amik masa Yin tengah kencing..hahahaha...
lama2 budak ni dah besar..Yang dah hilang lepas patah tulang punggung atas sebab yang tak diketahui.. tinggal budak ni sorang2 jadi penghibur kami..
suka usik idung dia sebab kaler pink!
Saturday, January 29, 2011
Si Demuk Owen
ni bukti kasih sayang mereka..ehehehe...
Mak dorang ni kami panggil Makcik...uh dia memang mcm makcik..suka curik makanan!
suka bising depan rumah..uh sebab hormon wanita dia tu anak-anak dia ketakutan sebab jejaka-jejaka jalanan sentiasa mengeliling rumah untuk 'mengorat"!!
uh ..kalu 'belasah' mak dia je takpe la..ni anak pun kena belasah!!
menci!!
satu hari balik ke rumah, Makcik ni dah takda..housemate kata "Akak dah buang..kucing jantan asik datang umah je nak ligan si Makcik ni..abes kete akak kena pancut"
- i'm speechless...ting..ting..ting-
- ok -
jadi tinggal mereka berdua bersama Cik Yin Yang Garang
Si Oren ni masa kecik cukup tak disukai!!
so tak banyak gambar dia dalam simpanan..
sebab-sebabnya :
- degil tak makan dek saman..kena mrh or babab montot wat dek je
- suka berak dalam rumah..adehhh..tekanan!
- suka curik makanan mcm mak dia! abes bersepah-sepah polistren kat rumah ni bukan tu je tong sampah kat dapur pun dia korek..mcm tak diberi makan
- paling penting dia ni comot dan kotor!
- dah tu suka pulak meleset kat orang..bulu melekat okey..
- walaupun sudah dimandikan dia tetap comot..
- tapi kesian..dia agak kerap sakit (kurap, selsema, excident, kena virus)
tapiiiii...tu dulu...
kesian dia selalu kena marah atas sebab di atas..tapi marah2 pun masih kasihan dan sayang untuk diberi pada orang dan jauh sekali nak buang (ada juga terfikir tapi....)
Tuesday, January 25, 2011
Mama Popok
ini Mama Popok masa kecik..ini adalah hari pertama Mama Popok(MP) datang rumah mummy..mummy kata mummy terkejut sangat bila Makcik (ibu MP) bawak adik beradik MP datang rumah
huwaaaaaa.....abesla!
tapi Cik Dini kata kesian sebab MP and geng masih kecil..jadi biarla mereka tumpang teduh kat rumah..
tapi adik MP and Pakcik Oren yang warna hitam tu mati dilangar oleh anak jiran sebelah..huhu..mummy kata mummy cari tak jumpa lepas tu tanya pada jiran..jiran kata anak kucing tu mati kena langgar..isk :(
satu hari adik MP and Pakcik Oren yang warna kelabu tu sakit..dia cirit birit..tak mahu makan.mummy nak bawak pegi klinik tapi tiba2 dia terjun dari motor dan hilanggg..hu mummy nanges sb rasa bersalah..
maka tinggalla MP dan Pakcik Oren di rumah..
siapa sangka mereka tak pernah jauh dari rumah walaupun ditinggal selama satu ke 2 minggu (errr..makanana mereka ada letak di luar rumah supaya tak kelaparan)
tak sangka bila dipanggil atau mummy or Cik Dini balik MP dan Pakcik Oren akan balik ke rumah juga..tak pernah hilang!
mummy jaga makan dan minum MP and Pakcik Oren..bawa ke klinik bila perlu..
mummy kata MP anak yang baik..sb dia penakut!hehe..mummy tu garang sebenarnya!
masa kecik MP tak poo and pee dalam rumah..
sangat penakut!pantang kena sergah musti mencicit lariiii!!
semua orang yang lalu lalang di rumah mummy musti suka ngan MP sebab MP cumel dan cantik..tak percaya??
la..tengokla warna bulu Mp nih..plus bulu MP ni lembut mcm baldu!!
mcm mana jaga?
MP tak pernah pegi klinik sb sakit dan tak pernah kena mandi!!
tapi MP ni sangat rajin bersihkan diri..
Friday, January 21, 2011
Si Bulat Yang Keding
lagi jiran sebelah rumah tak suka kucing.. selalu komplen pasal musyuk..
tapi mummy tak sampai hati nak buang mama Popok sebab mama Popok tak pandai cari makan sendiri lagipun mummy dah jaga mama Popok dari mama tecit lagi..
satu hari mama Popok lahirkan kami di satu tempat yang tak pasti..tapi yang pasti mama Popok tinggalkan salah satu dari kami di rumah tanpa diberi susu..mummy kata mummy tak tau nak buat apa..mummy geli tengok O Mei yang masih berdarah..mummy cari mama tapi tak jumpa.
esoknya mummy balik keje mummy jumpa Tiger dan hampir terpijak Bulat yang tecit..
maka dapatla kami berkumpul bertiga..mummy paksa mama Popok susukan O Mei dan kami..mama Popok tak pandai jaga anak lagi..mama Popok muda lagi.
Mummy ambil Molat jadi anak..
Molat suka susu mama Popok..
Molat mula belajar berjalan..terketar-ketar..isk mummy gelakkan Molat :(
lama-lama Molat pandai jenjalan..Molat wat aksi cumel..mummy suka sangat!
Molat wat pose macam ni
macam ni..
hehehe..cumel tak Molat??
tapi Molat cedih..mummy kata nak beri Molat kat orang len..isk isk mummy tak sayang Molat ke?
mummy..jangan beri Molat kat orang len..Molat nak duk cini..
lama mummy fikir dan fikir dan fikir.......
sekarang Molat dah besar!
mummy kata mummy akan jaga Molat sampai bila2!
yahooooo!!!!yeeeaaahhhhh!!!
walaupun Molat nakal macam ni..
ni..
Tuesday, January 18, 2011
Ulangtahun Kelahiran
errr..kenapa tak guna selamat hari jadi??
sebab kita tak tahu bila kita dijadikan..Allah SWT saja yang tahu bila kita dijadikan.
seperti kejadian alam ini..siapa yang menciptanya?bila ia dicipta?mampukah kita menyangkal kehebatan Zat Yang Maha Esa ini?
tarikh yang kita sering sambut ini adalah tarikh kelahiran kita di dunia ini..tempat di mana Allah melantik kita menjadi khalifah di muka bumi ini.
bila kita dijadikan?
ada jawapan?
syukur alhamdulillah masih menghirup udara ciptaan Allah ini..masih menikmati dunia yang cantik ini..terima kasih Ya Allah atas nikmatMu tapi jangan Kau lalaikan aku dengan nikmat sementara ini.
bila bercakap mengenai hari lahir pastinya yang dicanangkan adalah nombor usia kita..
17?
20?
24?
29?
32?
40???
saya teringat ada satu isu dari Majalah Solusi Isu 24 yang membincangkan tentang usia
"Panjangkan Usiaku" - Orang Bijak Panjang Umur
kenapa ya???
- usia umpama harta..bukan banyaknya yang menjadiperhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat sedikitnya mencukupi banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitu juga usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian -
sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi pasal usia ni
so see u on next entry..insyaAllah
Sunday, January 16, 2011
Segarkan wajah dengan Timun, Madu dan Limau
Seperti yang diketahui timun, madu dan limau mempunyai banyak khasiat
Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
woowww!!!banyaknya zat!
Madu pula memang dah termaktub dalam Al Quran kebaikan dan khasiatnya
manakala Limau mengandungi vitamin A dan vitamin C yang baik untuk kulit
maka gabungan ketiga-tiga bahan ini boleh membantu menyegarkan wajah anda yang begitu banyak terdedah dengan panas matahari
cara-caranya :
1 hiris timun nipis-nipis (senipis2nya) atau kisar timun tersebut
2 perahkan sedikit limau kepada hirisan atau hampas timun(jika kisar asingkan air dan ambil hampasnya..air boleh guna untuk cuci muka)
3 tambahkan madu dan gaul sebati kemudian biarkan 5 minit untuk biarkan madu dan limau meresap dalam hirisan atau hampas timun
4 toskan hirisan timun jika agak berair
5 letakkan pada keseluruhan wajah anda termasuk kelopak mata
6 biarkan 15 ke 25 minit
7 tanggalkan dan bilas dengan air biasa atau air mineral
waaahhhh...segarnya muka saya :D
Khasiat daun Bunga Raya
Bunga Raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia..
cantikkan bunga raya tu warna merah dan berkelopak 5
secantik cantik bunga raya ini pun berkhasiat untuk kita
kepada anda yang mempunyai masalah keguguran rambut boleh cuba rahsia kecantikan dari bunga raya
cara :
1 sediakan beberapa helai daun bunga raya
2 basuh dan bersihkan kemudian kisar hingga halus
3 sapukan pada rambut sehingga sampai ke kulit kepala...biarkan selama 1 ke 2
jam
4 bilas rambut dengan bersih
5 cara ini juga membuatkan rambut anda hitam berkilat
Saturday, January 15, 2011
AJL 25..ape yang kome tak puas hati nih??
sekarang ni tengah menonton ulang siar Anugerah Juara Lagu 25..
ape yang korang tak puas hati dengan AJL kali ini?
keputusan juri?
persembahan?
pada saya keputusan juri adalah yang terbaik kerana juri adalah mereka mereka yang dah lama berkecimpung dalam industri
pertikai barisan juri AJL?
tanya kat TV3 laa..
keseluruhannya AJL 25 ini agak membosankan...tiada perasaan teruja macam yg lepas2
kenapa?
pertama persembahan..serius tiada persembahan yang melekat dalam ingatan..semua pun mcm biasa2 je..tak ada yang debooommmm!!!
walaupun Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik tapi percaya atau tidak persembahan dia tahun lepas lebih gempak dan terkesan!
kenapa ye persembahan tahun ni kurang menarik??
ingat tahun lepas bila Aizat menang Persembahan Terbaik dengan lagu Kau dan Aku
memang terbaiiikkkkk!!! happy..sincere..enjoy..tengok byk2 kali pun tak bosan..
serius!!cuba korang tengok balik kat Youtube
kemenangan Hafiz untuk Vokal Terbaik memang tepat..vokal dia memang bagus walaupun Black mempunyai suara yang dikatakan power jugak la..
sebab bila cakap pasal vokal ni dia bukan sekadar nyaring...adala elemen2 dia tu..kite mana tau cikgu vokal je tau..
perkara kedua yang paling tak puas hati..kamera!!
adeh mcm mana ni??
bergoyangla..pastu tak zoom muka setiap orang kat atas pentas
kami ni di rumah pun penonton dan penyokong AJL juga..kami ni kat rumah tertanya2 siapa perempuan yang menampar Shahir..adeh..tak nampak muka..ntah ape2
geram betul!!
adakah kerana tempat tu luas sangat??
tahun lepas buat kat mana ye??
bukan tu je masa kumpulan A.P.I buat persembahan pun tak tunjuk muka orang2 yang main isntrumen tu..asik asik muka Noh dengan Lan
tunjukla muka2 yang ada atas pentas tu..ape guna dorg ada situ tapi tak ditunjuk muka..
tu la yang paling tak puas hati..
lagi lagi...
selalunya ganding Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail mantap dan menghiburkan!
tapi tak tau la kenapa mereka mcm takda chemistry malam tu..
kenapa ye?
promo AJL 25 pun tak best..tak meriah mcm tahun lepas..
adakah kerana bajet?
lagi satu lagi satu
perasan atau tak kebanyakan baju artis lelaki yang bertanding semuanya mcm patern baju FT!
tapi baju drummer Meet Uncle Hussien tu sangat smart!!cute!!mcm tu la baru gempak!!tapi duk tepi..alamak..
okla okla..tu je komen untuk AJL25
jumpa tahun depan..