Waktu ini Blacky masih lemah..mungkin sebab terlalu lapar..lagi matanya sakit.
Pertama kali mereka melihat si budak hitam..
"Astagfirullahalazim...teruknya."
"heh..sebab tu kami tak berani buat ape2 Dr.sebab dah teruk sangat..dia tak nampak..kalau berjalan mesti langgar dinding..ada juga nak titis ubat mata Bulat tapi tak berani la"
"Ubat mata yg air tu ke?nasib baik sebab kalau Dina titis mata dia boleh meletup"
"Hah?yeke?teruk sangat ke mata dia ni Dr?"
"Sebelah kanan ni dah gone..sebelah kiri ni pun mcm nak gone juga"
Mereka bersihkan mata Blacky berhati-hati sekali..suntik ubat yang berpatutan dan beri ubat makan juga ubat sapu.
Kami tanya jika ada kemungkinan mata Blacky sembuh dan dapat melihat semula.
Dr.Nurul kata agak sukar..tapi kita tak tahu mungkin boleh sembuh..pilihan yang ada adalah buang matanya yang terkeluar dan jahit kelopak mata.
Maksudnya dia akan BUTA!
Kasihan..sudahla ditinggal ibu..buta pula.
Nota catatanku : mahu lihat gambar Blacky?maaf..memang tak ambil gambar dia..ntah tak da perasaan nak ambil..bukan sebab geli atau apa tapi tak sampai hati..apa yang diusahakan adalah jaga dengan sebaik mungkin untuk beri dia harapan melihat semula.
ya Allah kesiannya baca keadaan Blacky :(
ReplyDeletesmoga Blacky dapat sembuh dan sihat semula, amin..