CLICK ON ME

Tuesday, March 15, 2011

KEMBARA PERJALANAN - 1

seawal jam 4.30 pagi aku terjaga dari tidur..

eh..Bulat mesti nak makan

bila keluar dari bilik .. alamak!lupa sudah..Bulat dah hantar ke Honey Pet Shop .. heh :)

masuk semula ke bilik cuba untuk tidur .. mmm..tak bleh dah..dah terbiasa bangun waktu ni

keluar dari bilik jenguk yg lain2 yang tidur port masing2..

windu sama Molat ..

siap2 la..ya kena bersiap2 dah ni sebab perjalananku hari ni masih jauh .. jauh ke Baling, Kedah.

Jam 6.00 pagi sudah siap semuanya .. barang2 yg nak dibawa .. motor sudah masuk rumah .. yg nak ditinggal sudah dikemas .. almari sudah kunci .. apa lagi apa lagi??ahhh..makanla.nasi semalam masih ada.

Tiba2...hulamak!!hujan ke Ya Allah?..jammed la jalan ke KL mcm nih..

Jam 6.45 Cik Pda message tanya sudah siap ke K'dina? (Cik Pda dan rakan2 sudi hantar ke Hentian Duta .. TERIMA KASIH).

sudah siap pun..kemudian dia kata lewat sedikit .. Cik penunjuk arah ke Hentian Duta belum sampai..bagusla sb mahu lepas hajat dulu nih!!

haiihh..mcm mana nak berisi?aci masuk je musti nak keluarkan balik..takpela org kata sihat..alhamdulillah..doa2 perut tak meragam sepanjag jalan..

Jam 7.00 pagi Cik Pda datang dengan kawan (Cik Pijot) bawa saya ke rumah mereka .. katanya Cik Penunjuk Arah belum sampai..sampai rumah Cik Pda hujan sudah renyai2 .. dia offer muffin .. hulamak!

'terima kasih..akak dah makan nasi tadi'

'hah??makan nasi??akak masak ke?bangun kul bape?bleh makan nasi pagi2 nih?'

tu dia soalan..

'terjaga kul4.30 tadi .. tak leh tdo dah .. terus siap2 .. nasi tu masak mlm tadi.takut nanti perut kosong sangat nak jalan jauh'

Sambil bersembang .. tiba2 ada seekor kucing cantik bulu panjang warna kelabu

Cik Pda panggil "B!..meh sini balik..hujanla .. akak ni la kucing kitaorg '

'Walaweyy..cumelnya!'

main2 dengan B kejap..cium hidungnya yg basah dan sejuk ..

'uhukk!!musyukkk rrr .. bau montot awak!!'

Masa yang sama Cik Penunjuk Arah sudah sampai yg dikenali sbg Cik Serabut .. terus bergerak ke Hentian Duta guna jalan Sg.Besi.

woow..banyaknya kereta!

tak sampai 10 minit bergerak keadaan jalan mulai sesak ..

'eh!!sini jarang jammed la..apesal nih?'kata Cik Serabut

Seperti yang dijangka ada kemalangan di hadapan kami di lorong paling kanan melibatkan 4 atau 5 buah kereta. Lupa kereta apa yg paling teruk kemiknya..moga yg terlibat selamat.

Sampai di tol Sg.Besi .. auchhhh!!gila byk kereta..Touch N Go diperlukan!alhamdulillah kad TNG boleh digunakan .. hahaha jangan ingat orang takda kereta takda kad TNG.

Perjalanan seterusnya agak lancar namun sesak bila menghampiri KL .. biasala tu lagi2 hari hujan!

Dengan bertemankan pemandangan indah di langit kami bergerak menuju ke Hentian Duta.

Jam 8.15 pagi kami sampai!!

Alhamdulillah .. terima kasih semua sebab sudi bangun pagi2 hantar ke Hentian Duta ni .. dengan jammed lagi ..

wahhh..kembara seterusnya menaiki bas selama 6 jam!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk