CLICK ON ME

Wednesday, March 2, 2011

Petang Semalam

petang semalam tanggal 1 Mac 2011 kira-kira jam 6.45 petang.

kami (Cik Dini, me myself dan Cik Chempaka) teman anak2 bulus bermain2 di luar seperti biasa..


tiba2 dari seberang jalan nampak seekor kucing hitam.. panggil Cik Dini beritahu dia mungkin ini mak kepada Blakie..hahaha sebenarnya saya tak perasan kucing tu kucing dewasa atau kanak2 almaklumla orang rabun lepas tu tak mahu pakai cermin mata..kononnya tak lawa!

Cik Dini pegi jenguk..rupanya anak kucing dalam usia 4 ke 6 bulan..err ini berdasarkan saiznya dan sedikit pengalaman menjaga bdk2 bulus dari kecil..


uh..budak tu gila manja..

kami tertanya2 di mana rumah dia?


sangat manja sampai naik ke riba Cik Chempaka!

terkejut kami nih haa Cik Kiah oiii..


sudahla manja..bersih pula tu..takda kurap..sihat je mcm kucing yang bertuan..plus memang tak pernah nampak kucing ni dekat2 kawasan rumah kami..


tiba2 pula dia mahu ke rumah..uishhh..tau tau kamu ye mana rumah kitaorang..heh ada bau makanan dan kucing ek??






tapi ape boleh buat daaa...belum masuk pagar sudah kena sembur dengan Bulat..Mama Popok dan Si Oren..



sampai kepek telinga Bulat sembur budak tu...




ahhh sudah!anak2 bulus membuat pos kawalan supaya dia tak masuk rumah!






tapi kasihan perutnya kempis..lantas Cik Dini balik ambil biskut di rumah dan beri kepada Cik Tam nih.. lepas tu kami tak tau ape jadi dengan dia sebab Cik Dini beri makan agak jauh supaya anak2 bulus tak sembur dia lagi..(ye la waktu tu dah nak maghrib..kami pun sudah masuk rumah)

malamnya lepas isyak mahu panggil budak2 masuk rumah untuk tidur..sebab sangat pelik bila waktu2 begini sudah ambil port tidur masing2.ni satu pun takda..


rupa2nya bila panggil budak2 balik Cik Tam pulak yang berlari2 datang ke rumah..ooo masih ada di sini..

tapi belum masuk pagar rumah Mama Popok dah sembur dia..huhu datang pulak Si Oren sembur dia juga..Bulat pula datang cium2 dia pastu sembur Cik Tam tu pastu dia pegi berlari ntah ke mana..


abesla..anak2 ni kang tak balik plak sebab ada budak Tam nih..


malas nak layan budak2 tu aku masuk dalam tengok cerita Hani episod akhir..heh :P


Cik Dini beri Cik Tam tu makan lagi..rupa2nya dia mahu masuk rumah..ayooo..nanti awak kena belasah ngan budak2 rumah ni la..dorg ni garang!lagi2 Cik Yin tu memang pantang ada kucing lain datang rumah..


cerita Hani sudah abes..mata sudah ngantuk..badan sudah sakit2 mahu baring..Si Bulat belum masuk rumah..kena la mencari.


panggil2 pun tak mahu balik bila nampak Cik Tam dekat ngan kita..last2 malas sangat nak layan kerenah dorg Cik Dini pegi dukung Si Oren masuk rumah tapi bila nampak je si budak tu dia punya mengaum tu menyeramkan!


Mama Popok sudah dikerah masuk rumah..dia senang je gertak sket mencicitla..

Cik Yin pula sudah tidur di katil..


Si Bulat ni..memang payah..jenis tak bleh paksa!..kita datang nak tangkap je lari..adeh laju betul dia lari..kut aku taula dia ligat mcm ni dulu aku tak betulkan kaki dia..


lama2 dia pun dah letih agaknya..tapi kena pujuk suruh tidur baru boleh pegang dia. Tapi bila melintas je tepi budak Tam tu dia punya sembur hailaaa..budak tu tak bersalah ape pun dia nak makan je..


lepas tu cakap kat budak Tam tu "minta maaf..tak dapat nak jaga kamu.jaga diri baik2.kamu ni mesti ada tuan pegila balik rumah kamu"


heh..dia mcm faham je ape aku cakap..sedih pula nak tinggalkan dia sorg2 kat luar.


pagi tadi lepas subuh temankan Bulat kat luar..jenguk2 juga budak Tam tu..dah tak ada..maafkan kami.

1 comment:

  1. sama lah ngan bebudak kat rumah ni pantang ada kucing lalu semua nak disemburnya, sombong bebenau..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk